KUALA LUMPUR, 26 Januari:

Sebuah rakaman video yang didakwa adalah insiden penderaan kanak-kanak tersebar di media sosial.

Namun, ramai yang mengatakan kejadian itu sebenarnya berlaku di Brunei.

Video selama 3 minit itu menunjukkan mangsa diikat dan didera seorang lelaki. Ia menjadi viral di WhatsApp dan platform media sosial lain, pada Ahad.

R. Sri Sanjeevan, Pengerusi MyWatch turut berkongsi video itu di akaun Facebooknya dan mendapati insiden itu berlaku di negara jiran.

Satu kenyataan yang didakwa dikeluarkan Pemangku Ketua Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei, Asisten Superintendan Mohamad Noor Abdul Rahman berhubung insiden itu turut dikongsi dalam media sosial.

Ketika berita ini disiarkan, tidak dapat disahkan sama ada kenyataan itu sahih atau sebaliknya.