KUALA LUMPUR, 26 Januari:

Seorang pengguna jalan raya terkejut, apabila seorang pemandu bertindak mengundur keretanya dan melanggar kenderaan di belakangnya, sebelum melarikan diri di Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurut mangsa, insiden itu berlaku di Kilometer 62.7 Lebuhraya Utara-Selatan, ketika beliau dalam perjalanan ke Johor Baru, kira-kira jam 7 malam Ahad.

Mujurlah pemilik kenderaan pelbagai guna itu mempunyai rakaman video mengenai insiden berkenaan.

Beliau yang telah membuat laporan polis, berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pemandu kereta berwarna merah itu yang bernombor pendaftaran Johor.

Rakaman video kejadian itu yang berlaku di laluan kanan lebuh raya telah menjadi viral di Facebook.