KUALA LUMPUR, 7 Januari:

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana rupa selebriti kesayangan kita dan juga ahli politik, ketika mereka muda?

Satu akaun Twitter yang menggunakan nama ‘The Face of Malaysia’ (TFoM), memuat naik gambar ahli politik dan selebriti terkenal, dengan membandingkan bagaimana rupa mereka ketika muda dengan penampilan ketika ini.

Antara ahli politik terkenal di laman Twitter berkenaan adalah mantan Perdana Menteri yang disayangi ramai, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad.

Gambar kedua-dua mereka adalah antara imej yang mendapat pilihan ramai dengan lebih 600 tweet semula dan 267 likes oleh kalangan pengguna internet dalam tempoh hanya beberapa jam.

Bagi kalangan selebriti pula, gambar pendakwah Islam bebas yang terkenal, Ustaz Azhar Idrus antara yang menjadi pilihan ramai dengan menerima lebih 500 tweet semula dan 179 likes.

Gambar ahli politik lain di dalam laman Twitter berkenaan termasuk gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri; pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri serta anak sulung perempuan mereka Nurul Izzah Anwar.

Selebriti lain yang menjadi pilihan termasuk bekas pengacara televisyen, Azwan Ali dan rakan seangkatannya, Datuk Aznil Nawawi, Wardina Safiyyah, Datuk Siti Nurhaliza, Fazura, Nasha Aziz, Rozita Che Wan dan ramai lagi.