KUALA LUMPUR, 21 Disember:

“Empayar perniagaan berjalan lancar,” yang dicatatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam laman Twitter hari ini bersama-sama gambar-gambar kedai runcit berjenama dengan gelaran yang terkenal buat dirinya, ‘KJ’.

Menteri yang terkenal dengan personaliti kasual di kalangan orang ramai itu, menyiarkan gambar sebuah kedai runcit rekaan dalaman yang dinamakan ‘KJ Idea Concept’ dan juga gambar kedai gunting rambut yang hanya menyatakan ‘KJ Hair Stylist’ pada papan tanda itu.

Sejam selepas catatan yang aneh itu, dia mencatatkan satu lagi gambar produk kecantikan Jepun yang dikenali sebagai ‘KJ Style’.

Catatan antiknya itu menarik banyak perhatian daripada pengikut dan rakan pengguna internet dengan sebahagian mereka, secara berseloroh mencadangkan supaya beliau mengupah model untuk mempromosikan produk kecantikan.

“@Khairykj cuba dapatkan seorang model kerana nampaknya seperti tidak berperanan bagi pemiliknya,” tulis seorang pengguna Twitter, @kamarcaki.

Catatan itu menarik banyak perhatian dan menerima 285 tweet semula dan lebih 200 likes selain jawapan mencuit hati pengguna internet.

“@Khairykj Bro, saya tidak tahu kamu mempunyai empayar perniagaan. Adakah ini terletak di Seremban?,” komen pengguna Twitter, @KSamyvelu.

“Boleh kami dapatkan diskaun dengan menggunakan kad pelajar kami, bila singgah di sana?” jawab pengguna Twitter, @NazirahAmin.

“Padanlah, mereka kata kamu adalah lelaki yang ada banyak bakat,” tulis pengguna internet lain, @akil_y.