KUALA LUMPUR, 24 Julai:

Jika sebelum ini pengguna laman sosial Facebook sudahpun melihat reaksi orang Korea apabila melihat selebriti wanita dari Malaysia, kini giliran selebriti lelaki pula dipertontonkan menerusi sebuah klip video yang dimuat naik oleh KoreanStarTV.

Klip video bertajuk Korean Reaction Season 2 itu nyata mendapat perhatian ramai kerana beberapa artis lelaki di Malaysia telah dipilih untuk diketahui pandangan orang Korea terhadap mereka selain meneka umur artis-artis berkenaan.

Antara artis popular yang dipilih adalah Fahrin Ahmad, Hans Isaac, Alex Yoong, Aaron Aziz dan Azlan Iskandar.

Berdasarkan komen mereka terhadap aktor Fahrin Ahmad, mereka meneka bahawa Fahrin seorang atlet rugbi yang memiliki badan yang sasa serta nampak berkarisma dan seiras dengan pelakon Korea ‘Oh Jiho’.

KOREA FAHRIN

Hans Isaac pula, mereka memberikan komen bahawa fesyen yang digayakan Hans dalam gambar tersebut seperti era 70-an dan nampak seperti seorang penyelia hotel manakala komen yang diberikan kepada Alex Yoong pula, orang Korea suka kepada mereka yang mempunyai saiz kepala kecil sepertinya.

Buat Aaron Aziz, mereka memberikan komen bahawa Aaron kelihatan seperti seorang chef dan pelawak berwajah nakal manakala Azlan Iskandar pula dikatakan berwajah seperti orang Arab dan Eropah yang popular di kalangan wanita.

KOREA ALEX

Ditanya mengenai siapakah yang popular di Malaysia, rata-ratanya memilih Azlan Iskandar dan Alex Yoong sebagai selebriti paling popular berdasarkan imej mereka yang dilihat menerusi komputer riba.

Saksikan gelagat serta telatah lucu yang diberikan oleh orang Korea ini apabila melihat selebriti-selebriti tanah air yang sensasi menerusi laman pautan di bawah: