KUALA LUMPUR, 2 Julai:

Sebuah video memaparkan seorang lelaki melakukan onani dan meletakkan spermanya ke dalam botol minuman seorang juruwang di lobi sebuah hotel yang dikatakan terletak di Puchong, mengejut dan menjijikkan netizen.

Rakaman dari video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook kira-kira lapan jam lalu oleh pengasas bersama ‘Community Policing Malaysia’, Kuan Chee Heng tersebar luas di kumpulan media sosial yang lain.

Pada mulanya, video itu memaparkan seorang lelaki Cina, dalam lingkungan 20-an duduk dan berkeliaran di lobi sambil melakukan onani.

Dia kemudian mengambil botol minuman berwarna merah jambu dari kaunter dan mula melepaskan sperma ke dalam botol itu.

Namun, nama hotel berkenaan tidak didedahkan di dalam video itu.

Dalam kapsyen video berkenaan, Kuan menulis bahawa juruwang malang meminumi air dari botolnya dan apabila merasakan ada kelainan, beliau terus memeriksa video dari CCTV.

Kapsyen video berkenaan:

“Seorang lelaki sakit mental beronani di lobi hotel, masukkan sperma ke dalam botol minuman dan tanpa diketahui, juruwang terus meminum dari botolnya dan merasakan ada yang tidak kena dengan air itu.

“Beliau menemui sperma dalam airnya dan apabila melihat CCTV, mendapati lelaki Cina gila seks memasukkan mani ke dalam botol airnya yang disimpan di kaunter ketika beliau tiada di situ. Kami akan terus memburu lelaki itu kerana kami percaya dia akan melakukan perkara yang lebih buruk lagi selepas ini,” kata Kuan.

Menurut chop tarikh dalam video berkenaan, ia dirakam pada 22 April lalu.

Video berkenaan menerima banyak komen negatif dari pengguna Facebook dan turut menerima lebih 72 likes dan 75 perkongsian.

“Sekiranya pelaku itu orang Melayu/Islam, sudah tentu kesudahannya berbeza kerana terdapat kritikan terhadap Melayu/Islam kebelakangan ini,” kata seorang pengguna Facebook, Othman Rais.

Jennifer Leong, seorang lagi pengguna Facebook, seperti netizen yang lain, marah dan berkata lelaki berkenaan perlu dicari dan dihukum.

“Letak gambar lelaki gila seks ini dan biar orang semua mencarinya,” kata seorang pengguna Facebook, Leonard Yang.

Sementara itu, Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad ketika dihubungi The Rakyat Post berkata pihak hotel ada membuat laporan tetapi polis masih lagi belum dapat menjejaki suspek.

“Kami tidak tahu siapa lelaki itu. Kami tidak dapat mencarinya. Kes ini masih lagi dalam siasatan.

“Saya berharap orang ramai tidak membesar-besarkan kes ini kerana dalam Islam pun, berdosa untuk kita memalukan seseorang. Biar polis buat kerja kami,” katanya.