KUALA LUMPUR, 24 April:

Sebuah video pertengkaran antara dua orang wanita yang mana salah seorang daripadanya secara tiba-tiba membuka pakaian dan berbogel menggemparkan orang ramai yang berada di sekitar Jalan Petaling baru-baru ini serta telah tersebar luas di internet.

Dalam video berdurasi 1 minit 52 saat itu, wanita berkenaan yang disyaki berada dalam keadaan mabuk dikatakan tidak membuat bayaran ke atas barangan dibelinya yang menimbulkan ketidakpuasan hati penjual berkenaan.

Peniaga berkenaan kemudiannya meminta agar wangnya dibayar namun wanita berkenaan secara tiba-tiba naik berang dan mula menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Dengan tidak semena-mena, wanita tersebut mula membuka baju dan juga pakaian dalamnya sebagai tanda protes dan tidak puas hatinya terhadap peniaga berkenaan.

Dia kemudiannya turut menunjukkan isyarat lucah kepada peniaga berkenaan dan juga orang ramai yang turut berada di lokasi berkenan.

Video berkenaan turut dimuatnaik di YouTube oleh Carson Lee dan telah ditonton 58,280 pengguna internet.

Salah seorang daripada pengguna Internet, Sceth86 berkata tindakan wanita berkenaan sangat memalukan.

“Dengan tersebar video berkenaan maka orang ramai boleh melihat sendiri tindakan bodoh wanita berkenaan,” ujarnya.

Berdasarkan carian di Internet, wanita berkenaan didakwa merupakan bekas peserta program Persona Nona dan juga pelakon drama Ejen 016 yang berasal dari Sabah.