KUALA LUMPUR, 12 Januari:

Penyanyi Alyah yang juga isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ramli MS menyatakan rasa kesalnya atas tindakan memuat naik gambar seorang wanita bersama suaminya.

Dia melalui akaun laman sosial Instagram miliknya berkata, tindakannya memuat naik gambar terbabit adalah kerana gagal mengawal emosi.

“Saya post pic (gambar) tadi kerana sudah tidak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam pic tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering mengganggu hubungan saya.

“Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumah tangga saya. Saya tidak pernah keluarkan kenyataan suami saya kahwin dengan perempuan tu,” katanya.

Menurutnyas, dia juga gagal mengawal emosi dan telah melakukan kesilapan yang besar.

“Tetapi janganlah memanipulasikan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar,” katanya.