Berikut adalah 10 komputer riba bawah RM1500 yang anda boleh dapatkan di pasaran sesuai untuk pelajar atau mereka yang inginkan komputer yang baik pada harga mampu milik. Beberapa kriteria asas ditentukan bagi pemilihan senarai komputer riba ini seperti maklumbalas daripada pengguna lain, ketahanan, rekabentuk, papan kekunci dan “touchpad”, paparan, audio, inovasi, perisian dan yang paling penting sekali; nilai untuk wang.

Lenovo S410P

RM1499

Spesifikasi yang digunakan ialah Intel i3 4010U 1.7GHz, 4GB RAM, kapasiti storan 500GB dan kad grafik Nvidia GT720 2GB. Komputer ini didatangkan dengan paparan 14 inci dan perisian FreeDOS, yang bermaksud; anda boleh memilih sendiri perisian yang anda mahu seperti Windows atau Linux.

lenovo-z410p

ASUS X452LDV
RM1239

Perisian yang digunakan ialah Windows 8.1, Intel i3 4030U 1.9GHz, 2GB RAM (boleh dinaiktaraf), kapasiti storan 500GB dan kad grafik Nvidia GT820 1GB. Paparan skrinnya ialah 14 inci.

ASUS-X452CP

Acer E1-572G
RM1399

Komputer riba ini didatangkan dengan paparan skrin 15 inci, pemproses Intel i3 4010U 1.8 GHz, 4GB RAM dan kapasiti storan 1TB. Ia menggunakan kad grafik AMD Radeon R7 2GB dan perisian FreeDOS.

Acer-E1-572G

ASUS X452CP
RM1499

Pemproses yang digunakan ialah Intel i3 3217U 1.8 GHz, 4GB RAM dan kapasiti storan 500GB. Kad grafiknya ialah AMD Radeon HD8530M 1GB dan paparan skrin 14 inci. Perisian yang digunakan ialah FreeDOS. Ia didatangkan dengan pilihan warna hitam atau putih.

ASUS-X452CP (1)

DELL Inspiron 15
RM1499

Perisian yang digunakan ialah Windows 8.1, Intel i3 4005U 1.7GHz, 4GB RAM dan kapasiti storan 500GB. Komputer riba ini didatangkan dengan kad grafik Nvidia GeForce 820M 2GB dan paparan skrin LED 15.6 inci. Harga ini tertakluk kepada pembelian secara atas talian di laman web DELL Malaysia.

DELL-Inspiron-15 (1)

HP 15-g012ax
RM149

Spesifikasi yang didatangkan dengan komputer riba ini ialah AMD Quad Core A8-6410 APU 2GHz, 4GB RAM dan kapasiti storan 500GB. Kad grafik yang digunakan ialah AMD Radeon HD8570M 2GB dan paparan skrin 15.6 inci.

HP-15-g012ax (1)

Lenovo G470
RM1399

Pemproses yang digunakan ialah Intel i3 2.3GHz, 2GB RAM dan kapasiti storan 500GB. Perisian yang digunakan ialah FreeDOS. Kad grafiknya ialah AMD Radeon HD 6370M 1GB dengan paparan skrin LED 14 inci. Pilihan warna yang disediakan ialah merah dan perang.

Lenovo-G470

HP Pavilion G4-1111TU
RM1499

Komputer riba siri Pavilion ini amat terkenal dengan prestasinya yang baik. Ia didatangkan dengan pemproses Intel i3 2330M 2.2 GHz, 2GB RAM dan kad grafik Intel GMA 4500M. Paparan skrinnya ialah 14 inci dan menggunakan perisian Windows 7 (sesuai bagi mereka yang tidak suka dengan Windows 8).

HP-Pavilion-G4-1111TU

Lenovo G400s
RM139

Perisian yang digunakan ialah FreeDOS dengan pemproses Intel i3-3110M 2.4 GHz. Paparan skrinnya ialah 14inci dengan kad grafik terbina dalam oleh Intel. Komputer ini dikuasakan dengan 4GM RAM dengan kapasiti storing 500GB.

Lenovo-G400s (1)

Acer Aspire V3-112P
RM1239

Komputer riba ini menggunakan perisian Windows 8.1 dengan pemproses Intel Celeron N2940 Quad-Core 1.83 Ghz. Paparan skrinnya ialah 11.6 inci dengan 4GB RAM dan kapasiti storan 500 GB. Kad grafiknya adalah kad grafik terbina dalam oleh Intel.

Acer-Aspire-V3-112P (1)