Motorola
Moto G (Generasi ke-2)
RM688

Telefon pintar ini menggunakan perisian Android versi Kitkat dan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 1.2GHz Quad-Core dengan 1GB RAM. Paparan skrinnya adalah 5.0 inci, 720 x 1280 piksel. Kamera utamanya adalah 8MP dengan kualiti rakaman 720p dan 2MP untuk kamera hadapan. Kapasiti storan telefon ini adalah 8GB dan boleh dipertingkatkan dengan slot kad MicroSD sehingga 32GB. Baterinya berkapasiti 2070mAh, sesuai untuk penggunaan seharian.

Motorola-Moto-G-01

Nokia (Microsoft)
Nokia Lumia 735
RM999

Telefon khas untuk pengambilan gambar ‘selfie’ atau ‘wefie’ ini dilengkapi kamera hadapan Zeiss 6.7MP sudut luas. Ia juga datang dengan paparan HD OLED 4.7 inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 400 berkelajuan 1.2 GHz, 1GB RAM dan 8GB kapasiti storan dan boleh dipertingkatkan dengan slot kad MicroSD sehingga 128GB. Ia juga disokong pengecasan tanpa wayar dengan baterinya berkapasiti 2220mAh.

Nokia-Lumia-735-01

Blackberry
Blackberry Q5
RM699

Blackberry Q5 ini menggunakan perisian Blackberry 10 dengan peningkatan kepada v10.1 dan dikuasakan pemproses Dual-Core 1.2GHz dengan 2GB RAM. Keluasan skrinnya ialah 3.1 inci, 720 x 720 piksel. Ia juga datang dengan kamera 5 MP dengan kemampuan rakaman video dengan kualiti 1080p. Telefon ini berkapasiti storan 8GB dan boleh dipertingkatkan dengan slot MicroSD sehingga 32GB.

BlackBerry-Q5-01

Sony
Sony Xperia C3
RM889

Telefon ini dicipta khas untuk golongan “selfie” dengan kamera hadapan 5MP, bersudut luas. Perisian Android KitKat digunakan untuk telefon ini dan ia dijana dengan pemproses Quad-Core 1.2 GHz dengan kelajuan 1GB RAM. Paparannya ialah 5.5 inci, 720 x 1280 piksel. Kelebihan telefon ini ialah ia mampu merakam video berkualiti 1080p dengan kamera utama 8.0MP. Storannya ialah 8GB dan mampu dipertingkatkan menggunakan slot MicroSD sehingga 32GB.

Sony-Xperia-C3--01

Lenovo
Lenovo Vibe X S960
RM950

Lenovi Vibe X dikuasakan pemproses Quad-Core 1.5GHz dengan 2GB RAM. Ia datang dengan storan 16/32 GB dan paparan skrin 5 inci 1090 x 1920. Kamera utamanya adalah 13MP dengan bateri berkuasa 2000mAh. Sistem operasi telefon ini ialah Android Jelly Bean.

Lenovo-Vibe-XS960-01

Huawei
Huawei Ascend P6
RM858

Telefon pintar antara yang ternipis ini datang dengan ukuran 6.18 mm ini didatangkan denganAndroid 4.2.2 dan boleh dinaiktaraf ke Android KitKat 4.4.2. Ia dikuasakan pemproses 1.5GHz Quad-Core, bateri 2000mAh, dan skrin sebesar 4.7 inci. Ia dilengkapi ‘MagicTouch’ untuk keupayaan responsif walaupun anda memakai sarung tangan. Kapasiti storannya ialah 8GB dengan slot MicroSD sehingga 32GB dengan kamera utama 8MP.

Huawei-Ascend-P6-01

Xiaomi
Xiaomi Mi-3
RM769

Antara telefon pintar paling terkenal tahun ini, ia dilengkapi perisian Android Jelly Bean berkuasakan pemproses Krait 400 Quad-Core 2.3 GHz dengan 2GB RAM. Skrinnya adalah 5.0 inci dengan paparan 1080 x 1920 piksel. Kamera utamanya berkemampuan menangkap gambar 13MP dengan rakaman video setinggi 1080p. Baterinya ialah 3050mAh, antara yang tertinggi di pasaran dan variasi storan 16GB dan 64GB.

Xiaomi-Mi-3-01

Samsung
Samsung Galaxy S3 Neo
RM851

Samsung Galaxy S3 Neo ini adalah model sambungan daripada Samsung Galaxy S3 ini menggunakan perisian Android 4.3 Jelly Bean. Ia turut dikuasakan pemproses Quad-Core 1.2 GHz dengan 1.5 GB RAM, skrin 4.8 inci, 720 x 1280 piksel. Ia juga datang dengan kamera 8 MP dengan kemampuan membuat rakaman video 1080p. Kapasiti storannya ialah 8MP dan boleh dinaiktaraf ke 64GB.

Samsung-Galaxy-S3-Neo-01

BenQ
BenQ F5
RM699

BenQ F5 ini datang dengan pemproses 1.2GHz Quad-Core Snapdragon 400 dengan kelajuan 2GB RAM dan 16GB storan. Resolusi skrin telefon ini ialah 1280 x 720 dengan skrin 5inci. Kapasiti bateri telefon ini adalah 2520 mAh dengan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 2MP. Kameranya juga dilengkapi “Ultra-Sensitivity Mode” untuk menangkap gambar sewaktu pencahayaan yang sangat minimum.

BenQ-F5-01

Acer
Acer Liquid Jade S
RM799

Telefon pintar ini menggunakan pemproses 1.5GHz MediaTek Octa-Core dengan kemampuan 64 bit dan kelajuan 4G LTE. Kelajuan telefon ini adalah 2GB RAM dengan 16GB storan. Kamera utamanya adalah 13MP dan 5MP pada kamera hadapan khas untuk ‘selfie’. Liquid Jade S juga dilengkapi bateri berkapasiti 2,300mAh dan 2 slot kad sim.

Acer-Liquid-Jade-S-01