Masjid Zahir, Kedah

Masjid yang terletak di Alor Setar, Kedah ini siap dibina pada 1912 dan dibiayai sepenuhnya oleh anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah iaitu Tunku Mahmud. Masjid ini mempunyai 5 menara sebagai simbol 5 rukun Islam dan senibina masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara.

M_Masjid-Zahir-(Kedah)

Masjid Selat, Melaka

Masjid ini siap dibina pada 2006 bercirikan senibina Melayu dan Arab. Ianya dibina di atas pulau buatan di Selat Melaka dan ia juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana masjid ini seolah-olah terapung apabila air pasang.

M_Masjid-selat-(melaka)

Masjid Kristal, Terengganu

Masjid Kristal terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun islam di Pulau Wan Man. Ianya dibuka pada tahun 2008 dan dibina sepenuhnya daripada kaca, kristal dan keluli. Masjid ini juga lengkap dengan segala kemudahan yang berteknologi tinggi dan liputan WIFI untuk kemudahan jemaah dan pengunjung.

M_Masjid-Kristal-(Terengganu)

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Masjid ini siap sepenuhnya pada tahun 2000 dengan kos hampir RM34 juta. Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Nabawi, Madinah dengan kubahnya berwarna biru dan emas. Masjid ini mampu memuatkan 12,000 jemaah pada satu – satu masa.

M_Masjid-Bandaraya-kota-Kinabalu-(Sabah)

Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Senibina masjid ini adalah berdasarkan seni bina Turki Uthmaniyah, Masjid Biru Istanbul dan budaya Melayu. Ia telah dirasmikan pada 25 Oktober 2000 oleh YDP Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail dan berkapasiti 17,000 pada satu-satu masa.

M_Masjid-Wilayah-(KL)

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Putra mula dibina pada 1997 dan siap sepenuhnya 2 tahun kemudian. Binaan masjid ini adalah berkonsepkan senibina Parsi zaman kerajaan Safawe dan tradisional melayu. Kos pembinaan masjid ini ialah RM250 juta.

M_Masjid-Putra-(Putrajaya)

Masjid Ubudiah, Perak

Masjid ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan ianya dianggap salah satu masjid tercantik di seluruh Malaysia. Ianya siap dibina pada tahun 1917 dan menampilkan keindahan senibina Indo-Saracenic melalui kubah emas dan pintu gerbang gaya Moorish.

M_Masjid-Ubudiah-(Perak)

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Masjid ini adalah masjid rasmi kedua Putrajaya selepas masjid Putra dan pembinaannya bermula pada April 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Ia dibina untuk memuatkan lebih 24,000 jemaah termasuk penjawat awam yang berkerja berdekatan. Masjid ini sangat istimewa kerana ia tidak dilengkapi sebarang kipas angin dan alat penyaman udara. Masjid ini juga digelar sebagai Masjid Besi.

M_Masjid-Kristal-(Terengganu)

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid ini mempunyai menara kedua tertinggi di dunia dan ianya adalah masjid kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Selain itu, masjid ini juga mempunyai kubah terbesar di dunia dan berada di ketinggian 300 kaki dari paras bumi dengan garis pusatnya 170 kaki.

M_Masjid-Shah-Alam

Masjid Jamek An Nur, Labuan

Masjid ini adalah satu-satunya masjid di Malaysia yang mempunyai rekabentuk yang sangat moden. Ia siap dibina pada tahun 1987 dan senibinanya adalah berkonsepkan Melayu Brunei dan Turki serta menggunakan elemen kontemporari seperti gril dan cermin lutsinar untuk pengudaraan dan cahaya semulajadi menerangi masjid ini.

M-Masjid-Jamek-An-Nur-(Labuan)