KUALA LUMPUR, 2 Febuari:

Ahli Undangan Dewan Negeri (Adun) pembangkang membantah sekeras-kerasnyanya tindakan sebahagian pemimpin Barisan Nasional (BN) yang cuba menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar di negeri itu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, mereka berkata, tindakan menukar Menteri Besar dilihat bukan menjadi keutamaan pada ketika ini jika dibandingan dengan permasalahan yang melanda negara demi kepentingan rakyat.

“Jika Datuk Seri Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi maka proses menurunkannya juga mestilah dibuat mengikut amalan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat.

“Tidak wajar hanya kerana mahu memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan, termasuk rakyat dah pihak istana.

“Bagi kami pada ketika ini, tindakan menukar Menteri Besar Kedah tidak menjadi keutamaan berbanding dengan keperluan menukar Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak menyusahkan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pada masa yang sama, Adun pembangkang turut menggesa supaya masalah kepimpinan kerajaan Kedah dapat diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan urusan pentadbiran negeri terjejas.

“Kami menggesa agar masalah kepimpinan utama kerajaan Kedah ini diselesaikan dengan segera, kerana krisis yang berlarutan akan membantutkan urusan pentadbiran negeri yang membawa kesan buruk terhadap rakyat.

“Jika kemelut menghadapi jalan buntu, maka pilihan terbaik ialah penyelesaian berasaskan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah iaitu menentukan kehilangan sokongan majoriti Adun Kedah kepada Menteri Besar melalui satu usul di persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah,” jelasnya.