KUALA LUMPUR, 26 Januari:

Sebuah rakaman video memaparkan adegan menyerupai `kelab malam’  berlangsung di sebuah universiti tempatan kini menjadi viral di ruangan siber.

Video yang dimuat naik di laman Facebook Malaysian Crime Watch dan media sosial lain dikatakan sebagai senario yang didakwa berlaku di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kampus Melaka.

Rakaman video berdurasi 17 saat memperlihatkan sekumpulan besar dipercayai sebagai pelajar, melompat, menari dan melaungkan bunyi seperti muzik elektronik di bawah limpahan cahaya gemerlapan seperti kelab malam.

Menurut pengguna media sosial, pertunjukan itu adalah sebahagian daripada acara tiga hari yang dirancang oleh Fakulti Kesenian dan Reka Bentuk kampus terbabit.

Video itu mendapat perhatian pengguna Internet yang secara terbuka mengkritik universiti serta penganjur acara kerana membenarkan peristiwa seperti itu berlaku di sebuah institut pengajian tinggi awam.

Pengguna Facebook, Mohd Ridwan Omar berkata, peristiwa seperti itu tidak seharusnya dibenarkan oleh fakulti dan juga kampus dan tindakan mesti diambil terhadap penganjur acara itu

Pengguna Facebook lain, Arief Othman menuntut penganjur acara memberikan penjelasan terhadap acara yang berlaku.

Bagaimanapun, pengguna media sosial lain berkata bahawa rakaman video itu disalahertikan dan dakwaan yang dibuat terhadap fakulti dan penganjur adalah fitnah.

Dalam Twitter Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Melaka, dimuat naik skrinshot kenyataan yang menyebut bahawa pihak yang mempunyai motif tersembunyi membuat dakwaan dan tuduhan tidak masuk akal berhubung acara yang berlaku.

Dalam kenyataan itu, ia menjelaskan bahawa pada acara itu, sejumlah pensyarah fakulti dan 14 polis bantuan hadir pada acara itu bagi memastikan program berjalan lancar.

“Apa yang pasti tiada alkohol dan pengaruh dadah.

“Kami sedang dalam proses menerbitkan imej acara pada hari sebelumnya, supaya gambaran yang jelas (acara) yang dapat dilihat,” menurut skrinshot yang disiarkan oleh akaun Twitter rasmi @MPPUiTMLendu.

Video yang dimuat naik semalam mendapat 16,000 view di Facebook selain diulang tweet sebanyak 986 kali.

https://www.facebook.com/MalaysianCrimeWatchMyWatch/videos/vb.378607955609298/752582194878537/?type=2&theater