JOHOR BARU, 23 Januari:

Dengan permulaan yang tahun yang sukar dan keadaan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia, bookie ruang siber haram dekat sini, membuat persiapan untuk meraih ratusan juta ringgit daripada golongan yang membuat pertaruhan.

Johor, terutama ibu negerinya, dilihat sebagai kawasan sasaran bookie kerana banyak pekerja asing Malaysia yang bekerja di Singapura dan mempunyai pendapatan lebih baik disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang

Kali ini, bookie semakin agresif mempromosikan pelbagai bentuk perjudian haram menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS), internet dan juga platform komunikasi mudah alih untuk mendekati kumpulan yang membuat pertaruhan muda yang mesra teknologi secara lebih meluas.

Antara permainan yang ditawarkan termasuk kasino, permainan mesin slot, rolet, sport book, lumba kuda dan juga 4D.

Perjudian dalam talian mendapat minat ramai orang dan menjadi satu saluran sesuai untuk mereka, dengan harapan untuk mengubah nasib mereka pada saat yang sukar.

Ia pada asasnya mudah dan tiada had umur kerana sesiapa sahaja yang mempunyai komputer atau peranti mudah alih dan akaun bank boleh terlibat pada bila-bila masa, kerana laman web beroperasi sepanjang masa.

Dengan kebanyakan rakyat Malaysia berhubungan menerusi telefon bimbit pintar, tiada lagi penggunaan pen dan kertas untuk mencatatkan pertaruhan oleh bookie haram.

Bagi mengelakkan ditangkap, bookie dikatakan turut membayar jumlah komisyen tinggi kepada pihak yang berjaya mendapatkan pelanggan yang boleh dipercayai.

Difahamkan, sindiket pertaruhan dalam talian menjana minat yang besar di negara ini, terutama bagi mereka yang bekerja di Singapura, berikutan situasi ekonomi semasa.

Sumber, yang biasa dengan perjudian, berkata kebanyakan mereka yang mencari pelanggan, mendapatkan rakan mereka untuk berdaftar dengan kemudahan pertaruhan dalam talian, dengan alamat Internet tertentu, nama pengguna dan kata laluan akan dibekalkan.

polis johor (L)
Ketua Polis Johor, Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, polis negeri bekerjasama rapat dengan polis persekutuan Bukit dalam menangani perjudian haram dalam talian yang juga bermasalah di seluruh negara. Foto TRP/ Ben Tan

“Sekarang, mereka mengelakkan disyaki dengan menukar domain Internet, nama pengguna dan kata laluan beberapa kali seminggu untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

“Sebagai tambahan, pasukan itu akan sentiasa berpindah di sekitar bilik hotel bajet, ke rumah dan sentiasa bergerak,” kata sumber itu kepada The Rakyat Post, hari ini.

Sumber itu berkata adalah mudah bagi seseorang untuk membuka akaun perjudian Internet kerana adanya kemudahan jalur lebar, komputer riba dan juga telefon pintar.

Tidak seperti masa lalu di mana RM1,000 hingga RM2,000 adalah keperluan minimum untuk mendapatkan garis kredit, sindiket perjudian lebih fleksibel dan menurunkan keperluan dengan hanya memerlukan RM300 sahaja untuk bermula.

Setelah diluluskan, ahli-ahli sindiket akan memberi kata laluan yang diperlukan melalui platform komunikasi mudah alih pilihan.

Golongan yang mendapatkan pelanggan kemudiannya dibayar komisen mereka, bergantung kepada perjalanan dan tambahan kredit seseorang itu.

Sumber itu berkata, platform terbaik adalah WeChat kerana ia dilihat lebih selamat untuk berkomunikasi.

“Apa yang bagus dalam sistem ini adalah ia tidak membabitkan wang tunas dan boleh dapat ditutup dari jauh kerana itu ia lebih mencabar bagi polis untuk mengesan.

“Bagi kebanyakan mereka yang berjudi, meletakkan pertaruhan adalah selesa dan mudah sehingga mereka kadang kala terlupa ia menyalahi undang-undang.”

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata polis negeri sedar mengenai tektik yang digunakan oleh mereka yang terbabit dalam sindiket perjudian haram dan memantau rapat situasi itu.

“Kami sudah berjaya membuat beberapa serbuan dan melumpuhkan sindiket ini, terutama dalam kawasan pentadbiran polisĀ  Johor Baru.

“Saya juga mengarahkan Ketua Polis Daerah di Johor supaya memperhebatkan pemeriksaan mereka terhadap kegiatan ini,” katanya kepada The Rakyat Post hari ini.

Pada masa sama, Wan Ahmad berkata, polis negeri bekerjasama rapat dengan polis persekutuan Bukit dalam menangani perjudian haram dalam talian yang juga bermasalah di seluruh negara.

Beliau berkata, kegiatan perjudian haram dalam talian berleluasa agak lama dan sukar dikesan polis.

“Tetapi kita sentiasa menumpaskan mereka termasuk bookie dan sindiket yang terlibat dalam kegiatan haram walaupun mereka sentiasa bergerak,” kata Ketua Polis Johor itu sambil menambah bahawa penglibatan orang ramai dalam kegiatan sedemikian adalah menyalahi undang-undang walaupun dalam talian.