Trend yang paling popular sekarang ialah “selfie”
Kita janganlah asyik ber”selfie”
bukankah dunia kini terlalu mengamalkan kepentingan diri sendiri?
trend berselfie itu akan menambahkan lagi kegilaan diri

Keuzuran mental manusia akan meningkat lagi
kerana kepentingan diri bukanlah sesuatu yang di restui
Asyik ber”selfie” itu tidak boleh disamakan dengan mengetahui diri sendiri
Asyik ber”selfie” itu akan menyebabkan seseorang selalu tidak puas hati

Jika tiada orang “like” gambar kamu yang berselfie
maka anda akan mula bermuram hati
kegembiraan anda tidak boleh bergantung kepada gambar yang berselfie
bersolat atau bermeditasi lebih memanfaatkan diri

Jikalau anda memahami ertikata penyajak ini
janganlah mengantikan tabiat berselfie dengan ber”wefie”
“Wefie” juga menonjolkan anda bersama dengan seseorang yang anda sukai
Wefie itu juga boleh mengganggukan kesihatan mental kerana mementingkan diri

Terlalu mementingkan diri adalah satu punca dimana kita boleh mengalami depresi
keluarga nuklear adalah satu lagi punca yang menyebabkan kita mengadapi depresi
masyarakat perkampungan yang bergotong-royong adalah ubat anti-depresi yang jati
menelan pil anti depresi hanya menyembunyikan apa yang perlu diaksi

Pil hanya alihkan sebentar kabut dalam diri
organ-organ dalam badan akan diracuni
Jika berhenti menggunakannya, kemuraman hati akan kembali
satu cara pencegahan yang baik ialah mengamalkan kepuasan hati

antara cara lain ialah mendidikkan anak-anak kita dari kecil-kecil lagi
Tetapi tiada masa adalah alasan yang kita selalu beri
tekanan ekonomi dan keadaan sosial memaksakan kita bersikap bergini
apakah kepentingan ekonomi lebih penting daripada kesihatan emosi?

Apa maknanya hidup jika kita kaya dan sibuk tetapi anak-anak kita mengalami depresi?
Apa maknanya hidup jika kita kaya dan sibuk tetapi anak-anak kita selalu sunyi?
Apa gunanya kekayaan tetapi anak-anak kita berfikiran ingin membunuh diri?
Apa gunanya kekayaan tetapi keindahan alam sekitar kita tidak dapat dinikmati?

Kuo Yong Kooi

20 Oktober 2015