KUALA LUMPUR, 18 Januari:

Pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak negara mengetepikan dua lagi calon akhir, Bojan Hodak dan Robert Alberts.

Utusan Malaysia melaporkan pelantikan Kim Swee, 46, diumumkan oleh Pengerusi Tugas Khas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mokhtar Ahmad dalam sidang akhbar khas di sini, sebentar tadi.