MUNICH, 20 OKTOBER:

Pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben tampil memaafkan pengurus Arsenal, Arsene Wenger kerana memanggilnya ‘pelakon terbaik’, dan percaya pengurus Arsenal itu adalah ‘unik’ dalam dunia bola sepak dengan apa yang telah dilakukannya di London.

Wenger mendapat perhatian apabila menuduh Robben ‘seorang pelakon yang gemar merebahkan badan’ apabila pemain antarabangsa Belanda itu berjaya mendapatkan penalti kontroversi kedua dalam Liga Juara-Juara, ketika saingan 16 pasukan terakhir menentang Gunners pada bulan Mac tahun lepas.

Robben, yang menyifatkan dirinya sebagai tidak ‘ambil kisah’, tampil menyatakan kedua-dua mereka kini sudah berbaik-baik apabila bersemuka di Piala Dunia 2014 di Brazil.

“Saya bertemu beliau di Brazil,” kata Robben kepada Telegraph.

“Ia tidak menjadi masalah sama sekali. Tiada persoalan. Saya agak mudah dengan cara itu.

Robben, yang akan membantu skuad Bayern Munich Skuad kembali ke Emirates bagi perlawanan ketiga Liga Juara-Juara peringkat kumpulan hari ini, melahirkan rasa hormatnya kepada Wenger, yang akan menyambut tahun ke-20 menerajui Arsenal tidak lama lagi.