LONDON, 25 Julai:

Manchester United kini di fasa terakhir mendapatkan penjaga gol Argentina, Sergio Romero.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu dilaporkan akan terbang ke Amerika Syarikat bagi menyaksikan kelabnya Barcelona bermain di Santa Clara buat kali terakhir sebelum berpindah ke United.

Bekas pemain Sampdoria itu tidak menerima kontrak baharu selepas empat tahun beraksi dalam Serie A dan dijangka akan menggantikan posisi Victor Valdes yang meninggalkan Old Trafford kerana enggan mengikut arahan Louis van Gaal sebagai penjaga gol simpanan.

Namun dalam masa sama, The Red Devils turut memberi tumpuan untuk mengikat penyerang Bayern Munich Thomas Muller dan pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos.