SINGAPURA, 16 Jun:

Gandingan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying gagal menambahkan bilangan pingat emas buat Malaysia di Sukan Sea selepas mereka ditewaskan oleh pasangan Indonesia Praveen Jordan dan Derby Susanto 2-1.

Peng Soon dan Liu Ying mempamerkan aksi yang cemerlang dalam set yang pertama selepas memenangi 21-18, namun di set yang kedua kesilapan yang dilakukan oleh pemain negara menghadiahkan talian hayat kepada wakil Indonesia selepas menang 21-13.

Kedua-dua pasukan telah berikan yang terbaik untuk membawa pulang pingat emas acara ini, namun akhirnya perlawanan berpihak kepada Susanto dan Jordan selepas mereka menang 25-23 dan Malaysia sekadar berpuas hati untuk meraih pingat perak.

Namun tahniah harus diucapkan kepada gandingan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang memberikan saingan sengit hingga saat terakhir kepad aberegu campuran Indonesia.

Berakhirnya saingan di gelanggang badminton sebentar tadi bermakna tamat sudah cabaran Malaysia di kejohanan Sukan Sea kali ini.