LONDON, 12 Februari:

Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini sekali lagi menggesa James Milner untuk menandatangani kontrak baru selepas dia menjaringkan gol dalam kemenangan 4-1 terhadap Stoke City dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, lapor AFP.

Milner menjaringkan gol untuk permainan kedua berturut-turut, dengan Sergio Aguero menjaringkan dua kali dan gol Samir Nasri yang memastikan kemenangan City di Stoke buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun.

Penyokong merayu Milner untuk meninggalkan kelab pada akhir musim ini, namun pemain berusia 29 tahun itu masih mahu menandatangani kontrak baharu.

“Apabila anda cuba untuk menandatangani kontrak kedua-dua pihak mesti bersetuju, jadi mungkin itu sebabnya ia tidak begitu mudah untuk ditandatangani,” kata Pellegrini selepas perlawanan Rabu ini di Stadium Britannia.

“Tetapi saya ulangi, perkara yang paling penting adalah kelab ini mahu Milner untuk tinggal di sini, dan dia harus memutuskan apa yang beliau mahu lakukan dengan masa depannya.”