LONDON, 24 Disember :

Kelab bola sepak dari utara London, Arsenal berjaya menjadi kelab Liga Perdana Inggeris pertama dengan pengikut laman sosial Twitter mencecah angka 5 juta.

Menurut laporan dari portal berita BBC, kelab tersebut kini menjadi kelab ketiga dengan pengikut Twitter teramai di belakang Real Madrid dan Barcelona.

“Kami amat gembira kerana berjaya mengukuhkan kedudukan dengan mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari serata dunia.

“Apa yang penting ia terus berkembang dan kami sentiasa mencari pembaruan supaya dapat berhubung dengan penyokong dari segala aspek,” kata editor pengurusan kumpulan media kelab itu, Richard Clarke.

Arsenal kini berada di kedudukan tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris menjelang Krismas, dengan 12 mata di belakang pendahulu Chelsea, kelab yang memiliki pengikut Twitter seramai 4.85 juta.