KUALA LUMPUR, 23 Disember :

Pemain badminton perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur untuk menyerahkan takhta pemain nombor satu dunianya kepada jaguh perseorangan dari China, Cheng Long, menurut portal berita Stadium Astro.

Panggantungan sementara Chong Wei oleh Persekutuan Badminton Dunia selepas gagal ujian doping baru-baru ini menjadi penyebab utama beliau tidak dapat beraksi seterusnya gagal mengutip sebarang mata

Cheng Long dilaporkan berjaya mengutip mata penting ketika memenangi mata penting yang membantu melonjakkannya sebagai pemain nombor satu dunia ketika menjuarai Terbuka Denmark Oktober lalu dan Kejuaraan Siri Super Akhir di Dubai.

Bagaimanapun, Chong Wei masih optimis beliau mampu membersihkan namanya ketika panel BWF akan mengendalikan kes ini tahun depan.

Pemain negara itu didapati positif dengan penggunaan dadah terlarang dexamethasone di Kejuaraan Dunia Ogos lalu.