JOHOR BAHRU, 19 Mei:

Lebih 40,000 murid dari 226 sekolah rendah, akan mengambil bahgian dalam Cabaran Eco-Life Malaysia (IMELC) yang menerima sokongan daripada Agenda Kebangsaan “Science to Action” (S2A).

Manfaat daripada inisiatif pembangunan mampan akan melihat pendapatan yang diperolehi daripada projek kitar semula dan wang yang dapat dijimatkan melalui penggunaan elektrik dan air oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.

Ketua pegawai eksekutif IMEL Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman berkata organisasinya memberi sokongan penuh dalam program pembangunan mampan sebagai sebahagian daripada budaya dan amalan untuk mewujudkan masyarakat karbon rendah.

“Tambahan lagi program ini turut menyentuh perkara penting dalam pembangunan masa hadapan negara – iaitu anak-anak kita,” katanya dalam ucapan sempena pelancaran Cabaran Eco-Life Iskandar di auditorium Pejabat Pendidikan Johor, hari ini.

Turut hadir ketua pegawai eksekutif Lembaga Kemajuan Wilayah Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim dan pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Aminuddin Adam.

Mohd Yusoff berkata pembangunan mampan merupakan satu daripada fokus mereka di bawah S2A.

“Dengan memberi tumpuan kepada amalan mampan, kita dapat memastikan pembangunan yang dicapai itu tidak memberi kesan negatif kepada generasi akan datang,” katanya.

Menurutnya, Malaysia telah berikrar untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Tahun ini, dengan penglibatan lebih 40,000 murid, selatan Iskandar di Johor, Malaysia akan mendapat manfaat dalam penjimatan bil elektrik dan air.

Selaras dengan pelancaran pelan tindakan Masyarakat Karbon Rendah (LCSBPIM) pada 2013, IMELC diperkenalkan kepada 23 sekolah rendah pada tahun yang sama sebagai program pertama untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak mengenai kepentingan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjalani gaya hidup karbon rendah.

Tahun lalu, sejumlah 46,540 kilogram bahan kitar semula dari 45 sekolah yang menyerahkan resit kitar semula mereka.

Dana yang terkumpul daripada aktiviti penjimatan air berjaya mengurangkan penggunaan berjumlah RM4,9–.83 sebulan. Ini bermakna pengurangan RM245 sebulan setiap sekolah.

IMELC bermula hari ini dan berterusan sehingga peringkat akhir pada November tahun ini.

Pemenang utama akan menerima tiket percuma dan tanggungan perbelanjaan untuk lima murid dan dua guru ke Kyoto, Jepun di mana mereka akan menghadiri persidangan Cabaran Ecolife Jepun yang pertama diadakan pada 9 November.