KUALA LUMPUR, 15 September:

Qatar Airways yang kini mengadakan penerbangan bagi laluan Doha-Phuket setiap hari melalui Kuala Lumpur, akan meningkatkan perkhidmatannya ke Thailand dengan pengenalan penerbangan terus ke Phuket berkuat kuasa 26 Okt ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Akbar Al Baker dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan itu membolehkan pengembara dari seluruh dunia ke destinasi pelancongan popular itu pada masa yang lebih singkat melalui rangkaian penerbangan antarabangsanya yang semakin berkembang.

Katanya penerbangan terus ke Phuket itu akan beroperasi dengan pesawat Airbus A330 dalam dua kelas iaitu konfigurasi 24 tempat duduk di kelas bisnes dan 236 tempat duduk dalam kelas ekonomi.