KUALA LUMPUR, 3 Disember:

Syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (CBP) berjumlah 179,355 buah sehingga 2 Dis, meningkat 2,942  berbanding hari sebelumnya, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Angka syarikat yang mendaftar CBP itu kini melepasi sasaran 140,000 yang ditetapkan kerajaan menjelang akhir tahun ini.

Perniagaan dengan pendapatan jualan tahunan kurang daripada RM500,000 turut digesa supaya mendaftar CBP sebagai persediaan sekiranya pendapatan mereka melebihi RM500,000 pada masa depan.

Mereka dikehendaki mendaftar dengan sistem percukaian baharu itu menjelang 31 Dis 2014, sebelum sistem tersebut dikuat kuasa bermula 1 April 2015