KUALA LUMPUR, 4 Mac:

Akibat memecah masuk dan mencuri barang bernilai hampir RM30,000 di kediaman milik seorang kerabat diraja Pahang, seorang buruh dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Mohd Faizan Mohamad, 34, melakukan kesalahan itu di Lorong U-Thant di sini antara 6 pagi, 24 Feb hingga 6 pagi, 25 Feb.

Dia didakwa melakukan pecah rumah dengan mencuri tiga set blower pendingin hawa, satu unit lampu chandelier, jongkong tembaga) dan pam air.

Majistret Saifulakmal Said memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 27 Feb lepas.