SEREMBAN, 30 November :

Polis hari ini menahan seorang lelaki selepas seorang lelaki warga emas mati setelah dipercayai terlibat dalam pertengkaran keluarga di sebuah rumah di Taman SeriPagi, Senawang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 20 tahun ini sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

“Ketika ditahan, ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah methamphetamine. Lelaki itu adalah cucu si mati,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata hasil bedah siasat terhadap lelaki warga emas itu mendapati sebab kematian adalah akibat serangan jantung.

Katanya mangsa, R. Palaniadi, 67, merupakan pesakit jantung yang serius dan tidak boleh menghadapi tekanan atau ketakutan yang melampau.