KUALA TERENGGANU, 14 Oktober:

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dengan kerjasama Majlis Daerah Besut akan mengadakan Malam Puisi Ulul Albab sempena Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemunting, Jerteh, Sabtu ini.

Pengarah DBP Wilayah Timur Che Zainab Omar berkata program bermula jam 8.30 malam itu bertujuan menyatukan semangat dan suara rakyat pelbagai kaum dan menzahirkan sambutan bulan bahasa melalui deklamasi puisi, persembahan budaya dan tradisional, nyanyian serta sketsa.

Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut dan untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sharrul Rizal Hashim di talian 09-7414906 atau melalui e-mel sharrul@dbp.gov.my.