KUALA LUMPUR, 5 September:

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang boleh membahayakan bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, bermula esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj serta ombak setinggi 3.5 meter berlaku di kawasan perairan Phuket mulai esok hingga Isnin.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Condore, Reef North, layang-layang, Palawan dan Labuan mulai Ahad hingga Selasa depan.

Selain itu, ribut petir di perairan Samui, Labuan, Reef North, Condore, Palawan dan Layang-layang yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga petang ini.

Ia menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50 kmsj dan ombak setinggi 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.

Angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak setinggi 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Labuan mulai Ahad hingga Selasa depan.