SIAPA sangka bertitik tolak daripada kesedaran untuk menurunkan berat badan, pasangan suami isteri, Norhuda Zainol dan Mustapha Kamal Omar berjaya menubuhkan sebuah syarikat yang menjalankan servis penghantaran sajian sihat ke rumah dan pejabat.

Dietliciouss yang ditubuhkan pada tahun lalu secara kecil-kecilan kini semakin berkembang dengan capaian lokasi khidmat penghantarannya menjangkaui hampir keseluruhan kawasan Lembah Klang.

“Pada awalnya saya hanya menyediakan sajian sihat ini untuk diri sendiri dan suami. Namun apabila rakan-rakan melihatnya di laman Instagram, mereka terus berminat dan mula memesan sajian daripada saya,” ujar Norhuda, 34, yang bertindak selaku Pengarah Urusan dan dibantu Mustapha, 34, sebagai Pengurus Operasi Dietliciouss.

Bermula daripada dua bekas, pesanan Dietliciouss kemudiannya bertambah kepada 50 bekas dalam tempoh dua bulan.

Berikutan permintaan yang menggalakkan, Dietliciouss melantik seorang pakar diet bertauliah bagi memantau dan meluluskan setiap menu yang disediakan.

Setiap menu Dietliciouss dihasilkan mengikut garis panduan makanan sihat yang ketat termasuklah menggantikan teknik penggorengan kepada pembakaran atau pemanggangan (grill).

Bahan-bahannya juga banyak menggunakan herba dan rempah-ratus berkhasiat.

Sayur-sayuran, nasi daripada beras perang (separuh cawan) dan ayam atau daging membentuk menu harian Dietliciouss yang seimbang.

Adakalanya pelanggan akan menerima menu berupa makanan laut yang disediakan dalam kuantiti rendah disebabkan kandungan proteinnya yang tinggi.

Apa yang membezakan Dietliciouss daripada penyedia khidmat sajian sihat lain adalah kepelbagaian menunya.

Setiap hari pelanggan akan diberikan menu berbeza bagi mengelakkan rasa jemu.

“Servis penghantaran akan bermula seawal pukul 11 pagi dan setakat ini kami hanya menyediakan sajian untuk makan tengah hari. Ia akan dihantar setiap Isnin hingga Jumaat sahaja.

“Pelanggan yang menempah sajian sejuk beku pula akan menerima sajian mereka pada hari Sabtu.

“Mereka yang ingin memungut sendiri pesanan sejuk beku juga boleh berbuat demikian pada hari Ahad,” tambah Norhuda ketika ditemui di pejabat Dietliciouss di Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

Bagaimana mahu memilih sajian sihat yang menepati keinginan anda?

Berikut merupakan empat pelan pemakanan yang ditawarkan Dietliciouss:-

1) Healthy Eating

PELAN Healthy Eating membantu individu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.
PELAN Healthy Eating membantu individu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.

Sekiranya anda mahu memulakan rutin makanan sihat, pilih pelan ini.

Bukan sahaja ia membantu anda menjadi lebih berdisiplin dalam menjaga pemakanan, malah membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.

Setiap bekasnya mengandungi kalori di antara 350 hingga 420kcal dan dijual pada harga RM16 (termasuk kos penghantaran).

Anda juga boleh memesan pakej seminggu (lima hari) pada harga RM75.

2) Weight Loss

PELAN Weight Loss merupakan pelan yang popular dalam kalangan individu yang mahu menurunkan berat badan.
PELAN Weight Loss merupakan pelan yang popular dalam kalangan individu yang mahu menurunkan berat badan.

Individu yang berhasrat untuk menurunkan berat badan amat digalakkan mengambil pelan ini.

Setiap bekasnya ditetapkan dengan kandungan kalori di antara 300 hingga 350kcal.

Selain sajian utama, anda juga akan menerima snek berupa buah-buahan atau sandwic.

Ia merupakan pelan pemakanan ideal untuk proses penurunan berat badan jangka panjang.

Harganya juga berpatutan – anda hanya perlu membayar RM17 untuk sebekas sajian ataupun RM80 untuk pakej seminggu.

3) Muscle Food

PELAN Muscle Food direka khas untuk golongan profesional yang aktif bersukan.
PELAN Muscle Food direka khas untuk golongan profesional yang aktif bersukan.

Direka untuk golongan atlet, ahli bina badan, jurulatih kecergasan dan individu yang sedang membina otot.

Pelan untuk kelompok aktif bersukan ini disediakan khusus mengikut jumlah kalori kehendak pelanggan.

Justeru harganya juga berbeza-beza.

4) Weekly Meal Prep (sejuk beku)

SAJIAN sejuk beku dinasihatkan tidak dipungut dalam kuantiti banyak dan hanya disimpan untuk tempoh seminggu.
SAJIAN sejuk beku dinasihatkan tidak dipungut dalam kuantiti banyak dan hanya disimpan untuk tempoh seminggu.

Individu yang tidak mempunyai masa untuk memesan secara harian bolehlah menempah sajian sejuk beku ini.

Ia disediakan dalam tiga pakej yang turut disertakan bersama menu sarapan iaitu:-

  • 7 sajian (RM115) untuk makan tengah hari atau makan malam bagi tempoh seminggu;
  • 14 sajian (RM220) untuk dua minggu dan;
  • 21 sajian (RM270) bagi tiga minggu.

Pakej sajian sejuk beku Dietliciouss ini mampu bertahan selama dua bulan.

Bagaimanapun sebaik-baiknya ia disimpan selama seminggu sahaja.

Bagi memastikan ketahanan kualiti sajian ini, sayuran berlobak seperti lobak merah, kubis bunga dan brokoli digunakan bagi menggantikan sayuran berdaun agar tidak layu apabila dipanaskan.

Ia boleh dipanaskan sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau secara stim.

 PENGHANTARAN sajian Dietliciouss dilakukan pada waktu makan tengahari pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.
PENGHANTARAN sajian Dietliciouss dilakukan pada waktu makan tengahari pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Jika maklumat dalam artikel ini belum mencukupi, anda boleh mengunjungi Instagram Dietliciouss di @dietliciouss.delivery  atau @dietliciouss  dan juga applikasi WhatsApp  di nombor 012-6105 300.

MOHD ALIF ABU BAKAR atau ‘Acip Alif’ adalah produk Sains Komunikasi UiTM yang berkhidmat di sebuah akhbar tabloid arus perdana – masing-masing tiga tahun di meja berita dan meja rencana – sebelum menjadi penulis bebas.