KUALA LUMPUR, 20 Januari:

Pergerakan kumpulan militan negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mengesahkan kematian pembunuh kejam tebusan, ‘Jihadi John’ dalam isu terkini majalah Dabiq.

Jurucakap Pegawai Amerika Syarikat berkata bahawa John yang dikenali sebagai Mohammed Emwazi atau Abu Muharib al-Muhajir terbunuh dalam satu serangan pesawat yang disasarkan di kubu kuat mereka yang terletak di Raqqa, Syria.

Pengesahan dalam majalah Dabiq merupakan kali pertama pengumuman yang dibuat oleh ISIS.

Majalah itu menyiarkan kisah perjalanannya ke ISIS dalam artikel dua muka surat dan melaporkan bahawa dia terbunuh melalui serangan pesawat dron.

Selalu berpenampilan dengan wajah bertopeng, Jihadi John kerap muncul dalam siri video tebusan dibunuh kejam di mana pakaiannya serba hitam sambil memegang pisau.

Awal bulan ini, militan warganegara British itu pernah muncul dalam video propaganda dari ISIS. Cara percakapan dan pemakaiannya menyerlahkan dia adalah Jihadi John, dan ketiadaannya membuktikan kepercayaan agensi perisikan Barat bahawa dia sememangnya sudah terbunuh.

160119182029-jihadi-john-dabiq-0119-exlarge-169
Majalah Dabiq menerbitkan imej Jihadi John dengan mukanya tidak bertopeng.

Dia dilapor berasal dari timur laut Semenanjung Arab, dan berhijrah pada usia muda bersama keluarganya ke London, tempat dia menanam ‘rasa kebencian’

Majalah Dabiq berkata beliau ditembak di belakang dalam satu pertempuran di Syria.