KUALA LUMPUR, 15 Januari:

Tiga lelaki ditahan dipercayai mempunyai kaitan terhadap serangan bom yang menggegarkan Kota Jakarta, Indonesia semalam.

Metro TV melaporkan Ketua Polis Depok, Kol Dwiyono berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan di kediaman mereka di Depok, pingir Jakarta.

Dalam pada tu, polis mengesahkan bendera kumpulan militan IS ditemui bersama-sama penyerang dalam insiden letupan berkenaan.

AP melaporkan jurucakap polis Indonesia, Anton Charliyan berkata bendera berwarna hitam kumpulan militan IS ditemui pada salah seorang penyerang.

Bagaimanapun katanya, polis percaya mereka mahu mendedahkan identiti mereka.

“Dua dari lima lelaki berkenaan pernah disabitkan dan dipenjarakan atas kesalahan keganasan,” kata Anton yang bagaimanapun tidak mendedahkan nama penyerang tersebut.

Pada kejadian pukul 10.50 pagi semalam, tujuh orang termasuk lima suspek penjenayah dan dua orang awam terbunuh selepas berlaku insiden letupan bom dan tembak menembak di hadapan Gedung Cakrawala di Jalan Thamrin, Jakarta.