NEW YORK, 21 Julai:

Seorang lelaki didakwa memandu dalam keadaan mabuk selepas dia merempuh sebuah limosin dan membunuh empat pengapit perempuan serta mencederakan dua yang lain termasuk pengantin perempuan, menurut media Amerika Syarikat.

Steven Romeo, 55, melarikan diri dari tempat kejadian selepas nahas itu pada hujung minggu tetapi telah ditahan berhampiran tempat kejadian, lapor New York Times.

Empat yang meninggal dunia adalah Brittney Schulman, 23, Lauren Baruch, 24, Amy Grabina, 23, dan Stephanie Belli, 23.

“Trak pikap itu merempuh dan memasuki separuh limosin,” kata saksi Lynne Lulfs, menurut New York Daily News.

“Kami melihat mayat-mayat di sana sini. Mereka kelihatan seperti kanak-kanak perempuan. Ia hanya lengan, dan kepala dan rambut.”

Pengantin wanita dilaporkan menyewa limosin supaya mereka semua boleh berseronok dalam beberapa siri lawatan ke ladang anggur North Fork, menurut New York Post.

Pemandu limosin, berusia 58 tahun, Carlos Pino, didakwa membuat U-turn pada masa kemalangan itu, turut dimasukkan ke hospital.

Romeo mengaku tidak bersalah pada hari Ahad dari hospital atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.