BENGAL, 8 Mei:

Suspek utama dalam kes rogol seorang rahib tua di Bengal Barat telah ditahan, menurut polis, lapor BBC.

Milon Sarkar dan Ahidul Islam Babu, ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (CID) lewat pada hari Rabu, lapor CNN-IBN.

Ia masih belum jelas peranan Sarkar dalam kes itu.

Rahib yang berusia 74 tahun itu telah diserang Mac lalu semasa sekumpulan lelaki pecah masuk biara.

Kes ini mengejutkan seluruh India dan membawa kepada demonstrasi.

Bilangan penyerang yang didakwa dalam kes itu kini berjumlah lima.

Empat lelaki yang ditahan pada bulan April lalu atas serangan ini telahpun dibebaskan.

Polis Bengal Barat, Dilip Kumar Adak sebelum ini berkata lapan penyerang yang didakwa telah dikenal pasti dan tiga lagi sedang dicari.

Kedua-dua lelaki yang ditahan pada hari Rabu, Milon Sarkar dan Ahidul Islam Babu, dilaporkan rakyat Bangladesh yang telah melarikan diri ke Bangladesh.

Dalam serangan di bandar Ranaghat pada 14 Mac, wang dicuri dari sekolah biara dan bangunan digeledah, sebelum rahib dirogol di biara itu sendiri.