SEPANYOL, 8 Mei:

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun telah diseludup ke Sepanyol dari Maghribi di dalam beg pakaian, menurut polis Sepanyol, lapor BBC.

Budak lelaki itu yang dikenali, Abou, ditemui di dalam beg pakaian yang dibawa oleh seorang wanita berusia 19 tahun ke Ceuta, Sepanyol, sebuah daerah di sebelah Maghribi, pada Khamis.

Apabila polis membuka beg pakaian tersebut, mereka mendapati kanak-kanak itu di dalam “keadaan yang teruk”, kata jurucakap Guardia Awam kepada AFP.

Budak lelaki itu yang dari Ivory Coast, kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa di Ceuta.

Akhbar Sepanyol El Pais laporkan (dalam bahasa Sepanyol) wanita berusia 19 tahun itu tidak berkaitan dengan kanak-kanak itu, dan telah dibayar oleh ayah Abou untuk membawa beg itu.

Ayah kanak-kanak itu tinggal di Kepulauan Canary dan berharap akan bertemu semula dengan anaknya, menurut El Pais.

Menurut agensi berita Sepanyol Efe, ayah kanak-kanak itu, yang juga bernama Abou, telah mengembara ke Ivory Coast untuk membawa anaknya pulang, setelah berpindah ke Gran Canaria pada tahun 2013.

Kemudian ayahnya dilaporkan bayar kurier untuk membawa beg itu.

Jurucakap polis memberitahu Efe: “wanita itu seolah-olah ragu-ragu, dan kelihatan dia tidak mahu datang melalui sempadan.

“Pada mulanya kami menyangka, mungkin ada dadah, tetapi secara beransur-ansur menemui badan manusia.”

Ayah kanak-kanak itu mengembara merentasi sempadan dalam satu setengah jam selepas anaknya sampai.

Pada ketika itu, menurut Efe, beliau telah ditahan oleh pengawal sempadan.