YANGON, 1 April:

Pihak berkuasa masih meneruskan operasi mencari lebih 20 pelombong yang tertimbus di bawah runtuhan tanah di sebuah lombong jed, utara Myanmar yang telah meragut sembilan nyawa.

Tragedi itu berlaku di sebuah lombong jed di Bandar Hpakant, Negeri Kachin, pada awal pagi Isnin lalu.

Menurut akhbar Myanma Alinn, pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian itu, selepas dua lelaki dibawa ke sebuah hospital berdekatan.

Menurut laporan, seramai 30 mangsa terperangkap dalam runtuhan tanah itu, dengan lima mayat ditemui pada pagi Isnin dan disusuli empat lagi mayat pada hari sama.

Kemalangan dan tanah runtuh kerap berlaku di lombong-lombong batu permata di Myanmar.

Pada Januari lalu, empat terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh bersebelahan sebuah lombong jed, akibat hujan lebat.

Sehingga 90 peratus jadeite (jed paling bernilai) di dunia, didapati di Hpakant.