TRAGEDI berdarah yang dilakukan oleh dua beradik beragama Islam ke atas pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo dan sebuah pasaraya kepunyaan peniaga Yahudi seminggu lalu yang berakhir dengan kematian 17 orang, termasuk ketua pengarang dan kartunis akhbar itu serta seorang anggota polis wanita meningkatkan lagi rasa benci terhadap Islam di kalangan sebahagian penduduk dunia.

Media yang dikuasai Yahudi terus menimbulkan lebih banyak kerosakan terhadap Islam dengan memaparkan serangan tersebut sebagai satu tindakan ganas, suatu tafsiran yang dikaitkan pula dengan kononnya pengertian jihad.

Lantaran itu, Islam terus dilabel sebagai agama yang menggalakkan keganasan, justeru tindakan keras untuk memeranginya (Islam) wajar dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh masyarakat antarabangsa.

Masyarakat Barat yang terbina persepsinya berdasarkan kerangka hasrat kuasa dan menguasai sebanyak mungkin manusia lain sebenarnya tidak akan berhenti selagi cita-cita mewujudkan sebuah pemerintahan tunggal tidak menjadi kenyataan.

Ia menjadi satu protokol perjuangan yang akan terus dihidupkan dengan apa cara sekalipun, hatta dengan cara false flag, misi rahsia menipu orang awam dengan menuduh pihak lain bertanggungjawab.

Faktor yang menyumbangkan kepada insiden berdarah itu tidak lagi penting, sebaliknya, musuh-musuh Islam berusaha membentuk sejarah yang lain dengan mengutamakan insiden penembakan dan siapa yang menjadi mangsa.

Dalam kes serangan Charlie Hebdo, masyarakat antarabangsa semacam terpukau dengan dakwaan kononnya atas nama kebebasan bersuara, bukan Islam boleh membuat apa sahaja komen dan tafsiran, sehingga halal bagi mereka untuk melukis watak seorang nabi menurut perspektif mereka.

Selepas Charlie Hebdo siarkan karikatur hina nabi Muuhammad SAW, dan sebelum serangan berlaku, militant IS sudah memuatnaik video berkaitan amaran serangan ke atas Peranchis di laman webnya dan mendapat liputan media Barat.
Selepas Charlie Hebdo siarkan karikatur hina nabi Muuhammad SAW, dan sebelum serangan berlaku, militant IS sudah memuatnaik video berkaitan amaran serangan ke atas Peranchis di laman webnya dan mendapat liputan media Barat.

Dr Kevin Barret, seorang pengarang dan pakar pengajian Islam mendakwa, apa yang sebenarnya berlaku ialah tentera Zionis yang ada dalam kerajaan Perancis merancang serangan berkenaan, dan kemudiannya menjadikan Said dan Cherif Kouchi, dua beradik keturunan Syria yang beragama Islam sebagai kambing hitam.

Situasi yang sama digunakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat semasa pemerintahan George W. Bush dalam insiden serangan menara pusat perniagaan berkembar di New York, World Trade Center (WTC) dan bangunan Pentagon pada 11 September 2001, yang pada analisis pakar ledakan bangunan tinggi tidak munasabah dua buah pesawat komersial boleh meruntuhkan bangunan dalam keadaan sedemikian.

Ketika itu matlamat sebenar Washington ialah untuk menghancurkan kekuatan mantan Presiden Iraq, Saddam Hussein, yang dilihat boleh menghalang kerakusan Israel yang berhasrat mencaturkan huru-hara di Timur Tengah.

Seorang penulis yang pernah bertugas sebagai juruterbang pesawat udara Amerika Syarikat, Jerry D Gray dalam bukunya ‘Art of Deception dan The Final Chapter’ merumuskan tragedi 11 September itu adalah huru-hara dan kekacauan yang sengaja ditimbulkan oleh ‘illuminati’, sebuah gerakan sulit ‘dajjal’ untuk menguasai dunia.

Bush yang merupakan ahli kepada sebuah kumpulan ‘Freemason’, menggunakan kuasanya bagi membolehkan Israel terus mengganas di Timur Tengah.

Universiti al-Azhar dalam kenyataannya pada 14 Januari 2015 telah memberi amaran bahawa tindakan Charlie Hebdo menyiarkan karikatur kartun menghina Nabi Muhammad SAW tidak membina keamanan antara masyarakat dunia dan menghalang integrasi antara penganut Islam dan masyarakat Eropah.

Sebelum itu, berlaku beberapa tunjuk perasaan membantah tindakan kerajaan Jerman menerima kemasukan imigran Islam atas alasan kehadiran mereka didakwa boleh mengancam kebebasan dan keselesaan penduduk asal kerana lebih  ramai lagi akan berhijrah disebabkan pergolakan politik di Timur Tengah, khususnya di Syria.

Syria berhadapan dengan permusuhan saudara yang dicetuskan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS), yang awalnya ditaja oleh Amerika Syarikat dan Israel untuk menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad dan pemimpin Iran.

Ketua Lembaga Pengarah Hal Ehwal Agama Turki, Mehmet Gormez mengecam kebanyakan pemimpin dunia yang enggan memberi perhatian ke atas pembunuhan ribuan umat Islam, berbanding simpati yang mereka tunjuk dengan menghadirkan diri dalam perarakan besar-besaran mengutuk serangan ganas di Paris, lima hari selepas insiden yang dianggap bakal melupuskan faktor penyumbang kepada keganasan.

Masyarakat dunia terpaku hiba dengan kematian 12 orang di Paris, berbanding 12 juta umat Islam yang dibunuh dalam tempoh 10 tahun.

Paling mendukacitakan ialah masyarakat dunia sehingga kini masih belum memberikan komitmen untuk mengecam Israel apabila tidak mengiktiraf kemenangan Hamas pada 2006, sebaliknya dan terus menyerang, membunuh serta meracuni penduduk Gaza dengan pelbagai bahan kimia.

Perhimpunan simpati yang berlangsung di Paris memperlihatkan dengan jelasnya keangkuhan pemimpin Israel, yang walaupun tidak diundang tetapi turut hadir dan menyelinap masuk ke barisan hadapan, manakala Washington tidak menghantar sebarang wakil.

Asas ini menunjukkan insiden di Paris mempunyai kaitannya dengan ketentuan Amerika Syarikat untuk memberi amaran kepada Perancis agar tidak mudah menyokong Palestin.

Ini kerana Perancis adalah antara negara yang menyokong Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama Rusia, manakala Amerika Syarikat adalah penentang paling tegar.

Ketika Perancis memperlihatkan sokongan ke atas Palestin, sudah terdapat amaran bahawa negara itu bakal dilanda masalah.

Pada 7 Januari 2015, amaran tersebut benar-benar berlaku dan Amerika Syarikat dipercayai menggunakan teknik yang sama menyerang Charlie Hebdo dan pasaraya Yahudi berdekatan, dan menjadikan dua beradik Syria itu, yang salah seorangnya pernah dikaitkan dengan kes jenayah sebagai kambing hitam, malah mereka kemudiannya dikaitkan dengan aktiviti ganas militan IS.

Kelmarin satu lagi laporan yang boleh menyakitkan umat Islam seluruh dunia diterbitkan media, iaitu menuduh Christopher Lee Cornell, 20, yang dikatakan merancang membunuh Ahli Parlimen Amerika Syarikat serta meledak bangunan Capitol Hill mempunyai kaitan dengan kumpulan IS.

Cornell bakal didakwa di mahkamah Amerika Syarikat atas tuduhan cuba membunuh pegawai kerajaan serta memiliki senjata api.

Tindakan mengeluarkan laporan penangkapan Cornell dianggap sebagai usaha terdesak White House mengetepikan beberapa kritikan sebahagian kecil pemimpin dunia ke atas Washington, yang malu kerana tidak hadir perhimpunan raksasa di Paris.

Dengan membangunkan citra buruk terhadap Islam, Washington sebenarnya berusaha mengetepikan beberapa kesan buruk yang berlaku ketika Benjamin Neetanyahu berucap di atas pentas membuka peluang kepada semua keturunan Yahudi untuk berhijrah ke Israel.

Yahudi di Eropah dilemaskan dengan dakwaan bahawa kehidupan mereka semakin tidak selamat kesan penganut Islam semakin bertambah. Jumlah penganut Islam di Eropah semakin meningkat dan pada suatu ketika amat dibimbangi bakal mengatasi jumlah penduduk bukan Islam di beberapa negara.

Kebimbangan itulah sebenarnya menjadi punca pengkhianatan terhadap Islam semakin meningkat dan merebak ke seluruh Eropah.

Ia turut melakarkan fasa baharu dalam propaganda menakut-nakutkan bukan Islam terhadap Islam, dan tentunya, tujuan terbesar ialah melemahkan ajaran Islam sebagaimana yang telah berjaya dilakukan ke atas pegangan agama penganut Kristian.

Apabila umat Islam menjadi lemah dan ajaran Islam dapat diselewengkan, mudahlah agenda Zionis menguasai dunia dalam sebuah kerajaan tunggal dapat dicapai.

Selagi sebuah kerajaan tunggal tidak berjaya ditegakkan, selagi itulah Zionisme akan terus memaksa penganut Islam menjadi kambing hitam.

Hasratnya ialah untuk mencipta ‘fakta’  sejarah baharu dunia, iaitu umat Islam menggunakan agama untuk melakukan keganasan, maka ia wajib dihalang walaupun dengan cara menipu dan berbohong.

Provokasi dan propaganda sedemikian akan terus berlaku, sebagaimana Zionisme berbohong mengenai tragedi holocaust yang dilakukan tentera Nazi semasa Perang Dunia II.

Zionis sedang mengulangi fenomena itu, dan kali ini sasarannya adalah umat Islam.

Ia terbukti dengan insiden Charlie Hebdo, dan sebelumnya serangan di sebuah kafe di Sydney.

Apabila seorang pemuda membunuh lebih 90 orang di Oslo, Norway dan kemudiannya di kawasan perkhemahan remaja di sebuah pulau, ia tidak pula dikaitkan dengan keganasan agama.

Ertinya, segelintir puak dalam kalangan bukan Islam akan terus mengambil tiap kesempatan yang boleh untuk melakukan provokasi dengan cara apabila ada tragedi seboleh-bolehnya dikaitkan dengan keganasan umat Islam, sedangkan tindakan Andree Behring melakukan pembunuhan beramai-ramai di Oslo dibela dan dikaitkan dengan masalah mental.

Inilah hakikat sebenar hipokrasi dan sikap Barat yang sudah dikuasai oleh kepentingan Zionisme.

Mohd Shauki Abd Majid adalah Pengurus Besar Analisa Dan Penyelidikan,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).