LONDON, 18 Ogos:

Keluaran pertama komik Superman kini dibida untuk dijual di eBay.

Menurut laporan Metro UK, komik itu kini menarik tawaran melebihi £1 juta (RM 5.3 juta).

Komik aksi #1 yang merupakan terbitan paling dicari di dunia dan telah dikreditkan sebagai perintis genre superhero apabila ia dikeluarkan pada 1938.

“Komik yang berharga sahaja boleh dijual di sini. Ia adalah komik yang mempunyai nilai yang tinggi dan tergolong dalam jualan sepanjang hayat,” kata penjual item terhangat, Dareen Adams.

Katanya, komik berkenaan telah dikategorikan sebagai ‘komik terbaik pernah digredkan’ oleh Syarikat Certified Guaranty selepas menerima skor 9.0 daripada 10.

Salinan sebelumnya pernah dimiliki oleh Nicholas Cage yang dijual dengan harga £1.25 (RM6.6 juta).

Penjual terkini menjangkakan kenaikan pada bidaan tertinggi semasa.