CALIFORNIA, 6 Oktober:

Facebook sedang merancang untuk melancarkan satelit yang akan menyediakan akses internet ke kawasan pedalaman Afrika, umum pengasas rangkaian sosial Mark Zuckerberg pada Isnin.

Dengan perkongsian dengan pembekal yang berpangkalan di Perancis, Eutelsat, Facebook berharap satelit pertama akan berjaya dilancarkan pada 2016, yang dilaporkan BBC.

“Kami akan terus bekerja untuk memberikan sambungan di seluruh dunia,” kata Mark Zuckerberg dalam status di Facebook.

Projek ini adalah sebahagian daripada projek Internet.org Facebook, yang mengundang kritikan hebat di beberapa negara.

Di sesetengah kawasan, terutamanya India, sektor perniagaan memberi reaksi marah kepada pelan tersebut, dengan mengatakan ia memberikan Facebook, dan rakan kongsinya, kelebihan yang tidak adil dalam membangunkan pasaran internet.

Internet.org adalah eksperimen dengan cara yang berbeza untuk menyediakan internet ke tempat yang sukar dicapai.

Baru-baru ini, syarikat itu memberitahu bagaimana ia merancang untuk menggunakan pesawat tanpa pemandu yang dibina untuk menyampaikan sambungan.

Inisiatif terbaru kelihatan untuk menggunakan teknologi satelit yang sedia ada untuk menyediakan akses internet berpatutan.

“Sepanjang tahun lalu Facebook telah meneroka cara-cara untuk menggunakan kapal terbang dan satelit untuk akses capaian internet kepada masyarakat dari langit,” kata Zuckerberg.

“Untuk memberikan sambungan kepada orang yang tinggal di kawasan terpencil, infrastruktur sambungan tradisional sering sukar dan tidak cekap, jadi kita perlu untuk mencipta teknologi baru.”

Dalam satu kenyataan, Eutelsat berkata pengguna di kawasan itu akan dapat produk tersedia untuk mengakses perkhidmatan apabila ia dilancarkan pada separuh kedua 2016.

Beberapa syarikat telah menyediakan internet dari satelit, tetapi ia adalah pilihan yang mahal di luar jangkauan kebanyakan masyarakat di negara membangun.