KUALA LUMPUR, 20 Ogos:

Maxis Bhd hari ini memperkenalkan program pemilikan telefon ‘Zerolution’ yang membuang semua halangan, sekatan dan masalah yang biasanya dikaitkan dengan dengan kontrak telefon.

Zerolution adalah kontrak telefon pertama yang menggabungkan sifar pendahuluan, sifar penalti untuk menukar pelan dan ansuran mudah tanpa faedah, tanpa kad kredit serta dan ciri revolusi ‘telefon baharu setiap tahun’.

Maxis dalam satu kenyataan di sini, berkata buat pertama kalinya, rakyat Malaysia mampu memiliki telefon baharu pada setiap tahun.

“Dengan Zerolution, anda boleh memasuki kedai-kedai kami tanpa satu sen pun, berjalan keluar dengan jenama telefon baharu dan menukar telefon setiap tahun – tanpa perlu terperangkap dalam kontrak 24 bulan,” kata Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan.

Maxis juga mengumumkan pelan baharu ‘MaxisONE’ yang kini menawarkan data sehingga lapan gigabait melalui rangkaian 4G LTE yang paling luas dan cepat.

Pelan baharu itu juga menawarkan panggilan tanpa had yang sebenar dan SMS ke mana-mana nombor di Malaysia, bermula pada RM98 sebulan.