KOTA KINABALU, 5 Februari 2016:

Debaran penyanyi popular Afiq Hakim yang lebih terkenal dengan pangilan Akim untuk bergelar suami kepada Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam menjadi kenyataan pada majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di sini, hari ini.

Pasangan berkenaan mengenakan busana sedondon berwarna putih mutiara rekaan Raffiey Nasir pada majlis itu.

Majlis akad nikah berkenaan dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua keluarga.

Dengan dua kali lafaz, Akim sah bergelar suami kepada Stacy.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Matlin Dimin daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah dengan mas kahwin RM300.

Juara Akademi Fantasia berusia 26 tahun itu dan suaminya, 25 yang juga merupakan bekas pelajar rancangan realiti itu bertunang pada 26 September tahun lalu sebulan selepas Stacy memeluk Islam.

Lintas langsung majlis akad nikah itu boleh diikuti di Instagram pasangan itu: KIMCYLOVERS, gabungan nama Akim dan Stacy.