SEPANG, 1 Februari:

Cuaca tidak menentu mungkin bakal kembali elok berikutan ketibaan bintang filem India, Rajinikanth ke negara ini, sekali lagi.

Pelakon berusia 64 tahun itu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) pada jam 6.15 petang tadi, menyebabkan kesesakan di lapangan terbang.

Peminat dan mereka yang tertanya-tanya berebut-rebut dengan pantas untuk mengambil gambar superstar itu ketika beliau melalui terminal dengan dikawal pengawal keselamatan.

Menurut sumber, pelakon utama Kabali itu tiba di Malaysia bagi meneruskan penggambaran filem yang masih berbaki, untuk selama 16 hari.

Bagaimanapun, sama seperti ketibaan superstar itu yang tidak dihebahkan, sumber yang enggan identitinya didedahkan itu tidak mahu mendedahkan lokasi penggambaran filem atas faktor keselamatan dan bimbangkan tumpuan ramai.

Pelakon yang mempunyai pengikut di Malaysia dan juga di Jepun, sebelum ini tiba di Malaysia pada 26 Oktober lalu, selama hampir tiga minggu sebelum berlepas ke Hong Kong dan Thailand untuk menjalani penggambaran filem beliau.

Pada awal ketibaannya, jerebu akibat pembakaran hutan di negara jiran, Indonesia, yang melanda negara ini, berakhir, membuatkan laporan di sosial media mengaitkan superstar itu dengan perkembangan yang baik masalah jerebu di Malaysia.

Kunjungan awalnya sebelum ini menyaksikan orang ramai mengerumuni lokasi penggambaran bagi menyaksikan lebih dekat pelakon itu.

Rajinikanth dilaporkan turut sibuk dengan persiapan bagi sambungan Endhiran di bawah arahan Shankar, yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh India, Endhiran 2 (Robot 2).

Filem itu menampilkan Amy Jackson sebagai heroin dengan pelakon Bollywood, Akshay Kumar melakonkan watak antagonis.

Kabali, yang diarahkan Pa Rajinth, adalah filem megastar ke-159 India.

Ia turut dibintangi Radhika Apte, Dhansikaa, Prakash Raj dan Kalaiarasan.