KUALA LUMPUR, 22 Januari:

Rasa pantas masa berlalu apabila program realiti komedi popular, Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali untuk musim kelima bermula 29 Januari ini selepas kumpulan dari Sabah, Zero dinobatkan sebagai juara musim keempat tahun lalu.

Sebelum ini, gelaran yang cukup didambakan oleh pelawak tempatan itu pernah menjadi milik kumpulan Osbon selaku juara sulungnya pada tahun 2011, Jozan (2012) dan Sepahtu (2013).

Memang tidak dapat dinafikan lagi, impak yang tercipta daripada MLM memang cukup besar sehingga mampu menjadi fenomena luar biasa dan menjadi rancangan paling ramai ditonton di Malaysia dengan rating yang pernah mencecah lebih lima juta.

Justeru, apakah Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) mampu untuk meneruskan kesinambungan kejayaan program itu seperti mana empat musim sebelum ini?

Barangkali terlalu awal untuk meramal perjalanan MLM 2016 kerana melihatkan kepada senarai peserta yang bertanding tahun ini boleh disifatkan sebagai satu risiko yang agak besar.

Jika dilihat daripada mata kasar, sebahagian besar yang menyertai MLM 2016 adalah muka baharu yang barangkali agak asing pada peminat dunia komedi negara ini.

Dalam satu aspek lain, ia adalah sesuatu yang cukup positif kerana selain memberi peluang dan ruang kepada mereka, siapa tahu mereka memiliki kelebihan yang tidak pernah diketahui sebelum ini dan hanya di pentas MLM 2016 sahajalah mereka akan membuktikannya.

Bukan itu sahaja, kumpulan Bocey merupakan satu-satunya nama besar dan popular dalam MLM kali ini dan ia juga adalah satu cabaran buat Bocey untuk tidak terlalu selesa dengan kedudukan mereka kerana saingan mereka tidak boleh dipandang enteng.

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan apabila peserta seperti kumpulan Cham turut menyertai musim kali ini sekaligus meningkah dakwaan yang mengatakan mereka sudah tidak lagi bersama dan membawa haluan masing-masing.

Malah, ada juga peserta yang selama ini sudah sinonim dengan kumpulan terdahulu menyahut cabaran dengan bergabung dengan ahli lain untuk membentuk kumpulan baharu.

Masih segar selepas penyertaan mereka dalam pertandingan Gegar Vaganza musim kedua, penyanyi Ezad Lazim dan Acong juga membuat kejutan dengan menyertai MLM 2016 bersama kumpulan masing-masing.

Tidak hanya tertumpu kepada peserta berkumpulan, MLM 2016 turut memberi peluang kepada peserta solo.

Jika sebelum ini, MLM hanya disertai oleh Nabil yang kali ini nampaknya sudah pun mengundurkan diri, MLM 2016 menyaksikan dua peserta solo iaitu Kavin Jay dan Reza Mukmin.

Untuk itu, The Rakyat Post menyenaraikan 15 peserta yang akan bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2016. Siapakah di antara mereka bakal bergelar juara nanti? Sama-sama kita nantikan.

ml_M2
KUMPULAN LOL – Foto Astro

ANGGOTA: Zamatul Amri Zakaria (Tauke), Iskandarshah Hashim (Angah) & Mohd. Hanaffi Razak (Ajak)

mlm_M2
KUMPULAN CHAM – Foto TRP/Syahirah Roslan

ANGGOTA: Muhammad Nizamudin Ahmad (Along) & Asrul Zaidi Jamaluddin (Azrul)

ml_M
KUMPULAN JORAS – Foto Astro

ANGGOTA: Mohamad Shukri Mohamed Sahar (Shuk), Rahim Mat Ali (Rahim) & Zulkifli Daud (Joey)

M
KUMPULAN BOCEY – Foto TRP/Syahirah Roslan

ANGGOTA: Mohd. Nasir Hamzah (Acey), Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan (Abam) & Muhamad Fadzlie Mohd. Nizam (Fad)

mlm_M6
KUMPULAN AWOK – Foto TRP/Syahirah Roslan

ANGGOTA: Filzah Azmi (Filzah), Hushairi Husain (Ayie Polis Evo) & Nurul Ain Othman (Ain)

mlm_M4
KUMPULAN BORA – Foto TRP/Syahirah Roslan

ANGGOTA: Muhammad Isa Jaffar (Isa), Muhammad Hanafiah Azman (Yan) & Muhammad Abdul Rahim Shah (Mamat)

M2
KUMPULAN BOS – Foto TRP/Syahirah Roslan

ANGGOTA: Wan Azrul Azizan (Ajo), Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim (Ezad Lazim) & Abu Musarrif Abu Bakar (Abu)

mlm_M5
KUMPULAN ENJEN – Foto TRP/Syahirah Roslan

ANGGOTA: Raja Azri Raja Kamaruzzaman (Raja Azri), Mohd. Yusrishah Bin Tapah (Yus) & Ahmad Fauzi Manat (Acong)

ml_M4
KUMPULAN SHAKE – Foto Astro

ANGGOTA: Nasrizal Ngasri (Bell), Haszmi Abd. Aziz (Man) & Mohd. Amirullah Azmi (Amir)

M3
KUMPULAN SAYWHO – Foto TRP/Syahirah Roslan

ANGGOTA: Refika Novianti Faturohan (Vicha), Muhammad Abdi Zein (Bocil Bancin) & Haqqi Dwi Agusti (Agus)

mlm_M3
KUMPULAN XOLA – Foto TRP/Syahirah Roslan

ANGGOTA: Wan Mustapha Muntek (Wan Wala), Hazmeer Hassan (Chot) & Mohd. Hazwan Mohd. Azani (One)

ml_M3
KUMPULAN PUTEH – Foto Astro

ANGGOTA: Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad (Mamak) & Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan (Ali)

mlawakmega-m-4
KUMPULAN CHILOK – Foto TRP/Syahirah Roslan

ANGGOTA: Mohd. Azwan Sabri (Chiwan), Mohd. Ilham Rusdy (Achok) & Mohd. Kamal Shah Shaharuddin (Kamal)

M4
MOHD. RIZAL FAHMI MUKHTER (REZA MUKMIN) – Foto TRP/Syahirah Roslan

 

M5
KAVIN JAY – Foto TRP/Syahirah Roslan