KUALA LUMPUR, 30 Disember:

Bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-30 Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan berlangsung pada 24 Januari depan, TV3 dengan kerjasama Vida Beauty Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama edisi kali ini telah mewujudkan sebuah anugerah khas, Anugerah Qu Puteh Diva.

Tujuan utama kategori itu diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada peminat dan pengikut tegar AJL khususnya turut serta bagi meraikan dan menyemarakkan kehadiran Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30).

Hanya dengan melayari laman web rasmi AJL30, www.anugerahjuaralagu.com, peminat boleh mengundi mana-mana 29 lagu yang pernah diiktiraf sebagai Juara Lagu dari tahun 1986 sehingga 2014.

Untuk itu, sebanyak 50 undian dibenarkan setiap hari untuk mengundi lagu-lagu pilihan anda dan daripada jumlah itu kelak, hanya lima buah lagu yang mendapat undian tertinggi layak ke peringkat akhir yang akan diumumkan nanti.

Kemudiannya, peminat dan pengundi masih lagi diberikan peluang untuk mengundi salah satu daripada lima buah lagu yang tersenarai itu untuk dijulang sebagai juara mutlak untuk memenangi Anugerah Qu Puteh Diva.

Buat masa ini, hadiah untuk juara kategori itu masih belum diputuskan dan dijangka akan diumumkan dalam satu sidang media khas tidak berapa lama lagi.

Sementara itu, TV3 juga akan menganjurkan sebuah festival muzik berskala besar bagi meraikan AJL30 yang bakal berlangsung di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka pada 9 Januari depan dari pukul 2 petang hingga 12 tengah malam.

Festival muzik berkenaan akan dibahagikan kepada dua segmen di mana segmen pertama akan menampilkan penyanyi generasi baharu yang diberi peluang membuat persembahan pada waktu petang.

Untuk segmen kedua pula yang berlangsung di malam hari akan menampilkan finalis AJL30 dan bekas pemenang AJL sebelum ini yang akan menyampaikan lagu-lagu yang pernah bergelar juara sepanjang 30 tahun AJL diadakan.

SENARAI 29 BUAH LAGU YANG PERNAH MEMENANGI ANUGERAH JUARA LAGU YANG KEMBALI BERSAING UNTUK MEREBUT GELARAN ANUGERAH QU PUTEH DIVA

1986: SEKADAR DI PINGGIRAN

Komposer: MANAN NGAH

Penulis Lirik: LUKHMAN S.

Penyanyi: FRANCISSCA PETER

1987: MENARUH HARAPAN

Komposer: A. ALI

Penulis Lirik: HABSAH HASSAN

Penyanyi: ZAITON SAMEON

1988: KAU KUNCI CINTAKU (DALAM HATIMU)

Komposer: DATUK DR. AHMAD NAWB

Penulis Lirik: ALLAHYARHAM JUWIE

Penyanyi: RAMLAH RAM

1989: ISABELLA

Komposer: SEARCH

Penulis Lirik: BOB LOKMAN

Penyanyi: SEARCH

1990: JANJI MANISMU

Komposer: ALLAHYARHAM ADAM AHMAD

Penulis Lirik: WAN AISHAH WAN ARIFFIN

Penyanyi: AISHAH

1991: TAKDIR DAN WAKTU

Komposer: ALLAHYARHAM RAHIM OTHMAN

Penulis Lirik: ALLAHYARHAM JUWIE

Penyanyi: MEGA

JL-01-(M)
Lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza pernah dinobatkan sebagai Juara Lagu pada tahun 1998. – Foto www.thestar.com.my

1992: PADA SYURGA DI WAJAHMU

Komposer: FAUZI MARZUKI

Penulis Lirik: BOB LOKMAN

Penyanyi: NASH

1993: TERATAI LAYU DI TASIK MADU

Komposer: ALLAHYARHAM ADAM AHMAD

Penulis Lirik: S. AMIN SHAHAB

Penyanyi: FAUZIAH LATIFF

1994: TANYA SAMA ITU HUD HUD

Komposer & penulis lirik: DATUK M. NASIR

Penyanyi: DATUK M. NASIR

1995: CINTA BERALIH ARAH

Komposer: JARI

Penulis Lirik: HABSAH HASSAN

Penyanyi: AISHAH

1996: JERAT PERCINTAAN

Komposer: DATUK ADNAN ABU HASSAN

Penulis Lirik: HANI MJ & OTHMAN ZAINUDDIN

Penyanyi: DATUK SITI NURHALIZA

1997: GHAZAL UNTUK RABIAH

Komposer: DATUK M. NASIR

Penulis Lirik: ALLAHYARHAM LOLOQ

Penyanyi: DATUK M. NASIR & DATUK JAMAL ABDILLAH

1998: CINDAI

Komposer: DATUK SHUHAIMI MOHD. ZAIN (PAK NGAH)

Penulis Lirik: HAIRUL ANUAR HARUN

Penyanyi: DATUK SITI NURHALIZA

JL-04-(M)
Ana Raffali mencipta sejarah sebagai komposer wanita pertama yang memenangi Juara Lagu pada tahun 2010 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. – Foto heyitsezwan.blogspot.com

1999: ANDALUSIA

Komposer: DATUK M. NASIR

Penulis Lirik: ALLAHYARHAM LOLOQ

Penyanyi: DATUK M. NASIR

2000: BALQIS

Komposer: DATUK SHUHAIMI MOHD. ZAIN (PAK NGAH)

Penulis Lirik: HAIRUL ANUAR HARUN

Penyanyi: DATUK SITI NURHALIZA

2001: MIMPI LAILA

Komposer & penulis lirik: YASIN SULAIMAN

Penyanyi: YASIN SULAIMAN

2002: KELIRU

Komposer & penulis lirik: AIDIT ALFIAN

Penyanyi: NURUL & AJAI

2003: BUNGA-BUNGA CINTA

Komposer & penulis lirik: DATUK ADNAN ABU HASSAN

Penyanyi: MISHA OMAR

2004: RELAKU PUJUK

Komposer: TAM MUSTAFAH

Penulis lirik: KEON

Penyanyi: SPIDER

2005: GEMILANG

Komposer: AUBREY SUWITO

Penulis lirik: ASMIN MUDIN

Penyanyi: JACLYN VICTOR

2006: TERLALU ISTIMEWA

Komposer: AZLAN ABU HASSAN

Penulis lirik: ADIBAH NOOR

Penyanyi: ADIBAH NOOR

JL-03-(M)
Lagu dendangan Hafiz Suip berjudul Bahagiamu Deritaku pernah meraih gelaran Juara Lagu pada tahun 2013. – Foto www.budiey.com

2007: ITU KAMU

Komposer: ESTRANGED

Penulis lirik: RICHAEL LAWRENCE

Penyanyi: ESTRANGED

2008: LAGU UNTUKMU

Komposer: TAJA & TASS

Penulis lirik: TAJA, TASS & LAN

Penyanyi: MEET UNCLE HUSSAIN

2009: PERGI

Komposer: PETE TEO

Penulis lirik: PETE TEO & AMRAN OMAR

Penyanyi: AIZAT AMDAN

2010: TOLONG INGATKAN AKU

Komposer & penulis lirik: ANA RAFFALI

Penyanyi: ANA RAFFALI

2011: AWAN NANO

Komposer: DATUK M. NASIR

Penulis lirik: BUDDHI HEKAYAT

Penyanyi: HAFIZ SUIP

2012: TERUKIR DI BINTANG

Komposer & penulis lirik: YUNA ZARAI

Penyanyi: AIZAT AMDAN

2013: BAHAGIAMU DERITAKU

Komposer: LY

Penulis lirik: BAIDURI

Penyanyi: HAFIZ SUIP

2014: APA KHABAR

Komposer: SONAONE

Penulis lirik: JOE FLIZZOW

Penyanyi: JOE FLIZZOW & SONAONE

JL-02-(M)
Lagu Apa Khabar ciptaan dan nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne menjadi karya hip hop dan rap pertama yang diiktiraf sebagai Juara Lagu awal tahun ini. – Foto www.rotikayu.com