KUALA LUMPUR, 18 November:

Melihat kepada senarai 30 buah lagu yang layak bertanding di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 30 (MM30) yang diumumkan semalam, sesuatu yang menarik dapat diperkatakan.

Seiring dengan peredaran muzik semasa yang memperlihatkan kemaraan dan kebangkitan karyawan generasi baharu, tidak dapat dinafikan lagi apabila kebanyakan lagu tersenarai adalah dari kalangan mereka yang boleh disifatkan hijau dalam industri muzik.

Bukan hanya komposer dan penulis lirik, tetapi juga untuk penyanyi yang boleh dikatakan sebahagiannya adalah penyanyi baharu yang menjadi perhatian sepanjang tahun ini.

Pun begitu, karyawan seni bertaraf senior juga masih mendapat tempat dalam edisi kali ini antaranya Datuk M. Nasir, Ajai, Edry Abdul Halim dan vokalis kumpulan Spider, Tam Mustafah.

Apa yang menariknya dalam pertandingan tahun ini apabila komposer yang semakin dikenali, Omar K mendahului senarai kali ini apabila lima lagu ciptaannya berjaya menempatkan diri dalam 30 buah lagu terbaik.

Lima karyanya itu adalah Sampai Mati nyanyian Hazama, Not For Sale (Stacy & Altimet), Syurga (Datin Alyah), Assalamualaikum (Faizal Tahir) dan Siapa Diriku (Ayda Jebat).

Mengekori rapat dirinya ialah komposer muda yang mula menjadi bualan ramai iaitu Mike Chan dengan empat pencalonan termasuk Knock Knock nyanyian Elizabeth Tan dan Senyum (Aziz Harun).

edry_kru_m
Edry merupakan salah seorang komposer senior yang berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 30 dengan tiga buah lagu. – Foto TRP/Syahirah Roslan

Pun begitu, baik Omar dan Mike, lagu-lagu mereka bukanlah semuanya hasil komposisi mereka seorang tetapi ada di antaranya adalah hasil gabungan dengan komposer dan penulis lirik lain seperti Faizal Tahir, Ezra Kong dan Audi Mok.

Dalam pada itu, sebagai seorang komposer senior, Edry juga tidak kurang hebatnya tiga buah lagu ciptaannya layak ke peringkat separuh akhir iaitu Hanya NamaMu dendangan Caliph Buskers, Linangan Terakhir (Forteen) dan Nyawaku (Azmil Karim).

Selain Edry, Faizal Tahir juga menyamai rekod tersebut apabila tiga buah lagu ciptaannya bersama komposer dan penulis lirik lain turut tersenarai tahun ini iaitu Knock Knock, Senyum dan Assalamualaikum.

Buat peminat dan penggemar industri muzik tempatan, pastikan anda tidak ketinggalan menonton separuh akhir MM30 yang akan berlangsung selama tiga minggu berturut-turut bermula Ahad ini (22 November) dan seterusnya pada 29 November dan 6 Disember ini di TV3.

IMG_7419
Mampukah lagu Knock Knock dapat membawa Elizabeth Tan ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-30, Januari depan? – Foto TRP/Azrol Ali

MINGGU PERTAMA (22 November)

1) Lagu: Biarkanlah

Penyanyi: Drama Band

Komposer dan penulis lirik: Aepul Roza, Amar Habir, Daus SRK dan Fazeez Halim

2) Lagu: Langit Tetap Biru

Penyanyi: Aizat Amdan

Komposer: Aizat Amdan

Penulis lirik: Aizat Amdan & Pakcik Konfi

3) Lagu: Untuk Cinta

Penyanyi: Hafiz Suip & Adira

Komposer dan penulis lirik: Nurzaidi Abdul Rahman

4) Lagu: Knock Knock

Penyanyi: Elizabeth Tan

Komposer dan penulis lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

5) Lagu: Sampai Mati

Penyanyi: Hazama

Komposer: Omar K & Audi Mok

Penulis lirik: Omar K

6) Lagu: Hantu atau Buaya

Penyanyi: Nana Sheme

Komposer dan penulis lirik: DJ Fuzz

7) Lagu: Cinta Yang Sempurna

Penyanyi: Qanda

Komposer dan penulis lirik: Asfan Shah

8) Lagu: Bukan Hal Aku

Penyanyi: Kaka Azraff menampilkan Juzzthin

Komposer dan penulis lirik: The Good Fellas

9) Lagu: Di Pintumu

Penyanyi: Firman Bansir

Komposer dan penulis lirik: Datuk M. Nasir

10) Lagu: Melepaskanmu

Penyanyi: Sakura Band

Komposer: Yoya

Penulis lirik: Nawfas

11) Lagu: Terima Kasih Cinta

Penyanyi: Tasha Manshahar menampilkan RJ

Komposer dan penulis lirik: DJ Fuzz

IMG_7870
Black kembali ke pentas separuh akhir tahun ini dengan menggalas tanggungjawab membawakan lagu Mana Mungkin ciptaan sepenuhnya oleh Ajai. – Foto TRP/Azrol Ali

MINGGU KEDUA (29 November)

1) Lagu: Hanya NamaMu

Penyanyi: Caliph Buskers

Komposer dan penulis lirik: Edry Abdul Halim

2) Lagu: Malam Ini Kita Punya

Penyanyi: Bunkface

Komposer dan penulis lirik: Sam Bunkface

3) Lagu: Potret

Penyanyi: Akim & The Majistret

Komposer: Hang Nadim

Penulis lirik: Kamar Empayar

4) Lagu: Not For Sale

Penyanyi: Stacy menampilkan Altimet

Komposer: Mike Chan & Omar K

Penulis lirik: Mike Chan, Omar K & Altimet

5) Lagu: Hey! Kau

Penyanyi: Sandra

Komposer: Tam Mustafah

Penulis lirik: Iman Imran

6) Lagu: Syurga

Penyanyi: Datin Alyah

Komposer: Omar K

Penulis lirik: Alyah & Yasin Sulaiman

7) Lagu: Angin Kencang

Penyanyi: Noh Salleh

Komposer dan penulis lirik: Noh Salleh

8) Lagu: #Peristiwa

Penyanyi: Sofarz, Asfan Shah dan RJ

Komposer: Zimi Sofarz

Penulis lirik: Zimi Sofarz & RJ

9) Lagu: Senyum

Penyanyi: Aziz Harun

Komposer dan penulis lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

10) Lagu: Mana Mungkin

Penyanyi: Black Hanifah

Komposer dan penulis lirik: Ajai

celebrity-m-6
Juara Mentor Legend, Azmil Karim antara penyanyi baharu yang berjaya ke separuh akhir Muzik-Muzik 30 dengan mempertaruhkan lagu Nyawaku yang merupakan karya sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. – Foto TRP/Mokhsin Zamani

MINGGU KETIGA (6 Disember)

1) Lagu: Dikoyak Waktu

Penyanyi: Ronnie Hussein

Komposer dan penulis lirik: Aepul Roza

2) Lagu: Selalu Ada

Penyanyi: Amir Jahari

Komposer dan penulis lirik: Amir Jahari

3) Lagu: Tak Pernah Menyerah

Penyanyi: Dayang Nurfaizah

Komposer: Akid

Penulis lirik: Poji Samad

4) Lagu: Al Nura Yang 5 dan 6

Penyanyi: Mawi, Hazama & Dali Filsuf

Komposer dan penulis lirik: Syekikh Qalam & Mawi

5) Lagu: Assalamualaikum

Penyanyi: Tomok

Komposer dan penulis lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok

6) Lagu: Siapa Diriku

Penyanyi: Ayda Jebat

Komposer: Omar K & Ezra Kong

Penulis lirik: Omar K & Ayda Jebat

7) Lagu: Kau Tercipta

Penyanyi: Lah Ahmad

Komposer dan penulis lirik: Lah Ahmad

8) Lagu: Nyawaku

Penyanyi: Azmil Karim

Komposer dan penulis lirik: Edry Abdul Halim

9) Lagu: Linangan Terakhir

Penyanyi: Forteen

Komposer dan penulis lirik: Edry Abdul Halim