KUALA LUMPUR, 15 Oktober:

Menyambung legasi kejayaan program realiti berunsur Islamik terbitan Astro sebelum ini seperti Imam Muda dan Ustazah Pilihan, ternyata stesen berbayar unggul negara itu mempunyai alasan tersendiri untuk meneruskan Pencetus Ummah bagi musim ketiga.

Pastinya juga, sambutan yang diberikan terhadap dua musim terdahulu juga merupakan salah satu faktor bagi Astro untuk mengekalkan Pencetus Ummah pada tahun ini.

Secara logiknya, jika tiada rating mahupun sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat, agak sukar bagi sesebuah program itu terutama yang berkonsepkan realiti akan terus bertahan.

Namun, pembaharuan dan pendekatan baharu haruslah diambil bagi memastikan isi kandungan program kelihatan segar agar penonton tidak cepat berasa bosan.

Justeru, Pencetus Ummah juga tidak mahu ketinggalan dalam memberikan santapan rohani terbaik buat penonton setia mereka selain menjadi platform terbaik dalam menyampaikan dakwah.

Sekadar menyingkap sejarah, musim pertama Pencetus Ummah telah dimenangi oleh Muhammad Hafiz Mohd. Haneefa manakala tahun lalu gelaran juara itu menjadi milik Azman Syah Alias.

Kali ini juga Pencetus Ummah telah melantik pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai mudir yang akan mengemudikan musim baharu ini selain dua hos baru yang dilihat akan dapat memberikan kelainan.

Mereka yang dimaksudkan itu ialah personaliti popular, Shamsul Azahar Alidin atau Shamsul Ghau Ghau yang akan bergandingan bersama Ustaz Zulkefli Hamat selain aktres handalan negara, Fauziah Ahmad Daud yang dilantik sebagai guru persembahan.

Dalam masa yang sama, 12 orang peserta yang dipilih untuk musim ketiga ini juga dikhabarkan dapat memberikan definisi baru untuk istilah pendakwah itu sendiri.

Untuk itu, The Rakyat Post ingin membawa pembaca sekalian untuk mengenali peserta Pencetus Ummah musim ini dan pastikan anda tidak ketinggalan menonton secara siaran langsung menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) bermula pukul 9.30 malam ini.

PU-9-m
PU SYED – Foto Astro

Nama: Syed Mohd. Bakri Syed Ishak

Umur: 33 tahun

Tempat lahir: Kuantan, Pahang

Status: Berkahwin

Pekerjaan: Guru

PU-4-m
PU AMIN – Foto Astro

Nama: Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim

Umur: 25 tahun

Tempat lahir: Perak

Status: Berkahwin

Pekerjaan: Felo Muda Dakwah

PU-10-m
PU TAHA – Foto Astro

Nama: Taha Mohd. Omar

Umur: 28 tahun

Tempat lahir: Michigan, Amerika Syarikat

Status: Berkahwin

Pekerjaan: Pelajar

PU-12-m
PU HILMI – Foto Astro

Nama: Mohammad Azhar Hilmi Mohamad Fadzil

Umur: 23 tahun

Tempat lahir: Sik, Kedah

Status: Bujang

Pekerjaan: Pengurus MV Studio

PU-1-m
PU ABU – Foto Astro

Nama: Muhd. Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi

Umur: 21 tahun

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Status: Bujang

Pekerjaan: Guru ganti dan guru tuisyen

PU-6-m
PU MERICO – Foto Astro

Nama: Merico Achenk Abdullah

Umur: 29 tahun

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Status: Berkahwin

Pekerjaan: Usahawan piza

PU-13-m
PU ALEN – Foto Astro

Nama: Mohd. Azlan Ahmad

Umur: 33 tahun

Tempat lahir: Butterworth, Pulau Pinang

Status: Berkahwin

Pekerjaan: Berniaga sendiri

PU-5-m
PU ANGAH – Foto Astro

Nama: Abdul Hafiz Mad Radzi

Umur: 28 tahun

Tempat lahir: Kuantan, Pahang

Status: Berkahwin

Pekerjaan: Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah

PU-2-m
PU ADEK – Foto Astro

Nama: Adek Zuhaimei Ismail

Umur: 35 tahun

Tempat lahir: Singapura

Status: Berkahwin

Pekerjaan: Eksekutif Projek Masjid

PU-11-m
PU ZAID – Foto Astro

Nama: Abdul Zaid Abdul

Umur: 30 tahun

Tempat lahir: Tawau, Sabah

Status: Berkahwin

Pekerjaan: Konsultan Motivasi dan penulis

PU-8-m
PU RAMADHAN – Foto Astro

Nama: Muhammad Ramadhan Jamaludin @ Madan

Umur: 19 tahun

Tempat lahir: Masai, Johor Bahru

Status: Bujang

Pekerjaan: Pendakwah bebas pondok

PU-7-m
PU MUHSIN – Foto Astro

Nama: Muhsin Ahmad

Umur: 27 tahun

Tempat lahir: Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Status: Berkahwin

Pekerjaan: Pendakwah bebas & motivator