KUALA LUMPUR, 13 Julai:

Memang tidak dapat dinafikan lagi, lagu tema memainkan peranan yang penting dalam perjalanan sesebuah filem itu.

Jika sesebuah lagu itu kena dengan mood jalan cerita sesebuah filem itu, memang tidak mustahil ia akan menjadi sebuah lagu popular dan akan dikenang untuk jangka masa yang lama.

Kalau dilihat dalam konteks filem tempatan, sebenarnya banyak juga lagu-lagu tema yang sudah dihasilkan dan harus diakui, bukan semuanya meninggalkan impak seperti mana yang diharapkan.

Dalam hal ini, rasanya album runut bunyi filem Hapuslah Airmatamu (1976) boleh dikatakan benar-benar menepati konsep seperti mana yang ditetapkan apabila menampilkan kesemua lagu yangd dicipta khas oleh Datuk Dr. Ahmad Nawab selaku penerbit album berkenaan.

Dan, jika tidak silap perhitungan, kali terakhir sebuah filem tempatan memiliki sebuah album runut bunyi adalah filem Kayangan yang pernah diterbitkan sekitar tahun 2007 yang menampilkan lagu Kayangan dendangan Ajai dan Tunku Mimi Wahida Wahman sebagai lagu temanya.

Seiring dengan berita tentang lagu Hati Yang Rapuh yang memberikan signifikan tesendiri kepada penyanyinya, Rahimah Rahim yang disiarkan hari ini, The Rakyat Post mengambil kesempatan itu untuk berkongsi dengan pembaca senarai Hot List kali ini.

Jika sebelum ini, senarai Hot List hanya memaparkan 10 yang terbaik namun, untuk edisi kali ini The Rakyat Post terpaksa menambahkan bilangannya kepada 15 kerana agak sukar untuk menyenaraikan lagu-lagu tema filem tempatan. Lagu Hati Yang Rapuh tidak dimasukkan dalam senarai ini kerana dalam artikel sebelum ini sudah dinyatakan ia adalah salah sebuah lagu tema filem tempatan terbaik yang pernah dihasilkan.

Sayugia diingatkan, pilihan ini dibuat berdasarkan kepada nilai penerbitan sesebuah lagu itu yang tidak semestinya berlandaskan populariti semata-mata.

Ia diukur bagaimana lagu tersebut memberi impak kepada perjalanan filem itu sendiri dan sebaliknya. Oh ya, senarai ini juga tidak mengikut turutan seperti lazimnya dan ia disenaraikan secara rawak.

OMBAK RINDU

Filem: Ombak Rindu

Tahun: 2011

Penyanyi: Hafiz Suip & Adira

SANDARKAN PADA KENANGAN

Filem: Azura

Tahun: 1984

Penyanyi: Datuk Jamal Abdillah & Fauziah Ahmad Daud

WAJAH RAHSIA HATI

Filem: Ali Setan

Tahun: 1985

Penyanyi: Fauziah Ahmad Daud & Datuk Sheila Majid (dua versi berbeza)

SUARA BINASA

Filem: Selubung

Tahun: 1992

Penyanyi: Datuk Hattan

HAPUSLAH AIRMATAMU

Filem: Hapuslah Airmatamu

Tahun: 1976

Penyanyi: Allahyarham Datuk Sharifah Aini & Mendiang Broery Marantika (dua versi berbeza)

PULANGKAN

Filem: Pontianak Harum Sundal Malam

Tahun: 2004

Penyanyi: Misha Omar

TERUJA

Filem: Gol & Gincu

Tahun: 2005

Penyanyi: Ella

LAYAR LARA

Filem: Layar Lara

Tahun: 1997

Penyanyi: Maman

WARKAH BUAT LAILA

Filem: Qaisy & Laila

Tahun: 2005

Penyanyi: Zahid Baharuddin

BAGAIKAN SAKTI

Filem: Puteri Gunung Ledang

Tahun: 2004

Penyanyi: Datuk M. Nasir & Datuk Siti Nurhaliza

HATI

Filem: 1957: Hati Malaya

Tahun: 2007

Penyanyi: Datuk Siti Nurhaliza

PERPISAHAN

Filem: Cinta

Tahun: 2006

Penyanyi: Anuar Zain

ISTANA MENANTI

Filem: Fenomena

Tahun: 1990

Penyanyi: Rahim Maarof

SEDETIK LEBIH

Filem: Hikayat Merong Mahawangsa

Tahun: 2011

Penyanyi: Anuar Zain

RELA MENANTI

Filem: Suara Kekasih

Tahun: 1986

Penyanyi: Ebby Saifullah & Fauziah Ahmad Daud