KUALA LUMPUR, 3 Oktober:

Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini mempamerkan sebuah model kereta baharu berkonsepkan trak pikap di Karnival Alami Proton 2015.

Model itu dipamerkan kepada pengunjung di Kompleks Centre of Excellence, Shah Alam.

Menurut laman Carlist.my, model terbabit masih belum dinamakan namun reka bentuknya kelihatan garang dan agresif terutamanya pada bahagian hadapan kenderaan itu yang dipadankan dengan gril dan lampu LED miniscule.

Bagaimanapun, setakat ini Proton masih belum memberikan kepastian sama ada model terbabit akan diprodukkan.

PROTON 2
– Kredit foto Carlist.my
PROTON 1
– Kredit foto Carlist.my