KUALA LUMPUR, 16 Februari:

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter berlaku di luar pantai Lahad Datu, pagi tadi, dengan gegaran turut dirasai di kawasan terbabit.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada ancaman tsunami dikeluarkan, susulan gempa pada jam 10.36 pagi itu.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat gempa terletak di 4.9 darjah utara dan 118.5 darjah timur, iaitu 25 kilometer tenggara Lahad Datu.