KUALA LUMPUR, 10 Februari:

YouTube melancarkan ciri luar talian di Malaysia yang membolehkan pengguna aplikasi mudah alih untuk menonoton video tanpa sambungan internet.

Pengguna dapat menggunakan wifi atau data mudah alih untuk menyimpan video bagi tontonan luar talian selama 48 jam menerusi navigasi mudah daripada ciri beberapa baru dalam aplikasi mudah alih.

Ciri-ciri ini boleh didapati untuk pengguna aplikasi mudah alih bagi kedua-dua, Android dan IOS.

“Kami gembira melancarkan pengalaman luar talian baru di YouTube dengan beberapa `pemain’ terbaik Malaysia dalam hiburan.

“Dengan menjadikan video popular ini boleh didapati bagi tontonan sementara luar talian, rakan kami akan membantu peminat berhubung dengan lebih mudah dengan kandungan kegemaran mereka, di samping memberikan lebih banyak penonton untuk video mereka,” kata Pengarah Urusan Google Malaysia, Vietnam, Filipina dan New Emerging Markets Sajith Sivanandan dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden Kejuruteraan YouTube, John Harding, berkata ciri-ciri baru juga bertujuan untuk membantu pengguna menghadapi cabaran sambungan data dengan ciri penampan bebas.